Connect with us

Kisah

Kalau difikirkan memang tidak logik kerana bas yang kami naiki itu meletvp dan terb4kar, namun “Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. Bahkan ihram yang dipakai masih sempurna.”

Published

on

erwhgrth

Kalau difikirkan memang tidak logik kerana bas yang kami naiki itu meletvp dan terb4kar, namun “Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. Bahkan ihram yang dipakai masih sempurna.”

Kejadian ini berlaku pada 8 September 2002. Kira-kira pukul 10.00 pagi itu, konvoi sembilan buah bas jemaah umrah bertolak dari Madinah. Semua jemaah siap berihram. Saya mengetuai satu rombongan seramai 45 orang dalam sebuah bas. Bersama saya adalah Ustaz Amir Junaidi yang menjadi Mutawif, mengetuai bacaan zikir dan menyelitkan ceramah agamanya sebagai ingatan sepanjang perjalanan.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 01.35.58 1

“Pak Shukri, saya mahu rehat di belakang,” beritahu Ustaz Amir selesai berzikir, tahmid, takbir dan berceramah.

“Mengapa?” soal saya.

“Tempat saya lebih sesuai di belakang sana,” Ustaz Amir merendah diri.

“Jangan begitu, ustaz. Duduk sini dengan saya. Ada juga teman saya berbual,” pujuk saya.

Ustaz Amir akur dengan permintaan itu dan terus duduk di kerusi bersebelahan saya yang terletak di belakang pemandu. Saya lihat mutawif berusia 35 tahun itu sudah empat lima kali menguap.

“Pak Shukri tak mengantuk ke?” tanya Ustaz Amir.

Saya hanya menganggukkan kepala. Ustaz Amir terus menekup muka di atas meja kecil di belakang kerusi pemandu. Tangan kanannya dijadikan alas dahi. Sementara saya bersandar untuk mencari kedudukan yang selesa.

Bas berhawa dingin terus membelah lebuh raya menuju Madinah. Kiri dan kanan kering kontang, hanya tanah lapang yang sesekali nampak sepohon dua pokok tumbuh. Fikiran melayang lalu perlahan-lahan mata terlelap, dan…

BAAAAAMMMM…! GEEEDEEEGANG…!!

Terasa belakang saya ngilu, ped1h dan p4nas. Badan terasa seperti dihɛret laju. Mimpi ke saya ni? Saya buka mata tetapi tak nampak apa-apa.

Saya bangun dari kerusi yang sudah terbalik. Kemudian pandang ke kanan… Ya-Allah, pintu bas remvk! Percikan api meny4mbar tempat duduk pemandu. Apa yang saya ingat hanyalah untuk menyelamatkan diri dan pemandu bas, Waheed yang sedang terkial-kial mengelak diri daripada terkena api yang semakin membesar.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 01.35.58 5

Saya tekan suis untuk membuka pintu utama bas, tapi ia tidak berfungsi. Saya masih terpinga-pinga. Fikiran bertanya apa yang terjadi. Ke mana perginya semua penumpang?

Saya berjalan ke belakang, membuka pintu kecem4san, pun gagal juga. Semuanya sudah terkunci secara automatik. Saya kembali semula ke tempat pemandu. Ya Allahhh! Api semakin marak.

“Pecahkan cermin!” jerit saya. Waheed mengambil penukul dari bawah kerusinya. Pranggggggg… sekali tukul berderai cermin tingkap.

Dari tingkap itulah saya membantu Waheed yang cedera di kepala, tangan dan kaki keluar. Api semakin marak meratah kerusi pemandu sementara saya masih terpinga-pinga.

“Tolong! Tolong!!” terdengar jeritan bertalu-talu.

Saya sudah dapat mengagak bas yang kami naiki kemalangan. Ketika itulah saya teringat 45 orang jemaah yang saya bawa. Saya memekik meminta semua jemaah menukul atau menend4ng cermin tingkap bas.

“Pec4hkan tingkap!!!” jerit saya dari bawah.

Salah seorang jemaah, Haji Khalil dapat memec4h cermin tingkap di bahagian belakang. Jemaah berebut-rebut terjun. Ada yang tertonggeng, terguling atas tanah dan ada yang ceder4. Dalam keadaan kelam-kabut begitu, yang lain tidak penting, selain nyawa.

Api yang bermula dari tempat pemandu merebak ke bahagian tengah badan bas. Jemaah masih belum habis keluar. Saya benar-benar panik.

Saya nampak ihram tiga jemaah yang terjun telah dis4mbar api. Jemaah daripada bas lain dan penduduk tempatan yang melalui lebuh raya itu turut memberikan bantuan. Suasana kecoh dan kelam-kabut.

Raungan dan tangisan memenuhi setiap ruang. Panas terik tidak dihiraukan lagi. Saya lihat ramai yang melecvr, ada pada bahagian tangan, melepvh kedua-dua belah tangan dan ada yang teruk. Semuanya dibaringkan atas tanah dengan diberikan bantuan semampu terdaya.

“Ustaz, dua jemaah lagi tak ada!” beritahu Haji Khalil yang tidak mengalami keceder4an langsung kerana dia sempat keluar awal daripada bas yang terb4kar.

“Dua orang?” saya terpinga-pinga. Kemudian saya menyambung lagi:

“Siapa yang tak ada?”

“Tak tahu siapa… saya kira kita ada 43 orang saja,” kata Haji Khalil.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 01.35.58 2

Saya membantu Haji Khalil mencari siapakah yang hilang? Tapi kaki terasa menggeletar lalu saya reb4h semula ke tanah. Pinggang tiba-tiba terasa bisa mencengkam.

“Tak apa, ustaz duduk sini. Biar saya cari,” balas Haji Khalil.

Setelah beberapa minit menanti Haji Khalil datang semula. “Dah tiga kali saya pusing keliling bas, tak ada. Api dalam bas pun kuat sangat.”

“Haji pasti siapa?” tanya saya.

“Tak pasti. Saya cuba cari lagi…” belum sempat Haji Khalil menghabiskan kata-katanya terdengar satu letupan.

BUUUUMMMMMM!!!

Api menjulang setinggi bangunan tiga tingkat dari badan bas yang meletvp. Serpihan-serpihan besi berterbangan ke udara. Men4kutkan! Bahangnya terasa menggigit kulit walaupun jarak tempat kami berkumpul 10 meter.

Semua jemaah dibawa ke Hospital Madinah. Di wad, Kolonel Mausin Saleh al-Badi, pegawai polis yang menyiasat kem4langan itu memaklumkan pada saya, dua yang terbvnuh itu ialah Minah Hassan dan Ustaz Amir Junaidi.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.”

Saya termenung lama di katil mengingati kembali tr4gedi yang baru berlaku. Saya cuba tumpukan perhatian untuk mengingat setiap detik yang berlaku, mencari di mana Ustaz Amir berada ketika itu, tapi gagal. Saya tak dapat bayangkan di mana Ustaz Amir berada ketika kem4langan berlaku. Kenapalah saya tak terfikir mencarinya semasa turun dari bas sedangkan dia duduk di sebelah saya.

Perasaan kesal mula menjalar di hati apabila teringatkan perbuatan saya menghalang Ustaz Amir berpindah ke belakang bas. Kalau saya tak menghalang, mungkin dia terselamat.

Pada malam itu juga Ketua Operasi TH Travel & Services Sdn. Bhd. di Madinah, Haji Rashid Ismail pergi ke bilik m4yat untuk mengecam jen4zah Ustaz Amir dan Minah Hassan. Saya yang ceder4 masih di hospital, terkejut mendapat khabar, Minah Hassan rentvng.

Mendengarkan perkhabaran itu sekali lagi hati saya dip4gut kesedihan. Tentunya Ustaz Amir pun berkeadaan serupa kerana tempat duduk kedua-duanya berdekatan. Berkali-kali saya bertanya pada diri sendiri: “Kenapa saya tak benarkan Ustaz Amir duduk di belakang?”

Namun berita mengenai jen4zah Ustaz Amir belum lagi saya terima daripada rakan setugas yang sentiasa berada di hospital. Hingga ke dinihari saya menunggu perkhabaran daripada Haji Rashid Ismail dan Kolonel Zulkefli tidak kunjung tiba. Hanya setelah subuh barulah kedua-duanya muncul di wad saya.

“Shukri, saya nak cerita sikit. Kamu jangan terkejut pulak,” Haji Rashid memulakan bicara.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 01.35.58 3

“Jenazah Ustaz Amir dah selamat dikebum1kan di perkuburan Baqi’ tadi,” Haji Rashid memberitahu. Saya hanya mampu menitiskan air mata.

“Tapi ada satu yang pelik, ajaib dan tak.. entahlah, susah saya nak cakap,” kata-kata Haji Rashid tersekat-sekat.

Kemudian Haji Rashid menyambung: “Jen4zah Ustaz Amir tak terb4kar walaupun sehelai bulu romanya. Bahkan ihram yang dipakai masih sempurna.”

“Betul ke, Aji?” tanya saya ragu-ragu.

“Betul. Bukan saya seorang yang melihatnya, salah seorang jemaah kita, Kolonel Zulkefli dan beberapa petugas yang lain pun ada,” jawab Haji Rashid.

Kalau difikirkan balik memang tidak logik kerana bas yang saya naiki itu meletvp dan terb4kar. Setelah api padam, yang tinggal hanya rangka sahaja, jen4zah Minah pun hanya tulang.

Bagaimanapun jen4zah Ustaz Amir langsung tidak dijamah api. Menurut Haji Rahsid, keadaan Ustaz Amir seperti tidur. Tangan kanannya masih terletak di dahi. Sementara tangan kiri diletakkan di atas perut. Sebahagian kain ihramnya menutup muka. Cuma pada hujung kain ihramnya melekat kesan-kesan abu.

Dua hari kemudian saya keluar dari hospital. Saya teruskan perjalanan ke Mekah menaiki kapal terbang. Selesai mengerjakan umrah saya mencari saudara-mara Ustaz Amir. Tujuan utama saya adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarganya di Indonesia. Selain itu, hati saya sentiasa bergelodak untuk mengetahui latar belakang arw4h mutawif itu.

“Nak Amir ni memang seorang yang jujur, ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Tak berkira tenaga dan kudrat, siapa yang minta tolong akan ditolong. Arw4h ayahnya kiai.

“Pernah suatu ketika kampung kami dihanyutkan air, semuanya habis ran4p termasuk perkvburan. Peliknya kvbur kiai tidak dihanyutkan. Jen4zahnya juga masih utuh di situ walaupun sudah hampir 10 tahun dikebumikan,” cerita bapa saudara Ustaz Amir.

“Istimewa sungguh keluarga Ustaz Amir,” komen saya.

“Pak Shukri, yang istimewa bukan keluarganya tapi amalan dan akhlaknya. Iman tak diwarisi daripada keluarga,” bapa saudara Ustaz Amir membetulkan komen saya.

Memang benar amal dan iman bukan warisan daripada keluarga. Di dunia pun sudah Allah SWT h4ramkan api mem4mah tubuhnya. Bukan calang-calang orang dimuliakan Allah SWT setinggi itu.

“Ustaz Amir berguru di mana?” tanya saya lagi.

“Dengan alm4rhum ayahnya. Dan selebihnya di sinilah, Masjidilharam. Nak Amir memang seorang yang adil pada kedua-dua isterinya. Dengan sesiapa saja, suaranya sentiasa lembut. Tak pernah saya tengok langsung dia marah-marah,” kata bapa saudara Ustaz Amir.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 01.35.58 4

Apabila mengingati Ustaz Amir sesekali air mata saya menitis. Bukan kerana sedih tapi gembira kerana diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual dengannya. Duduk makan semeja dan bersama mengalunkan zikir.

Sumber Ustaz Ahmad Shukri Mohamad Amin

kredit; nasihatustaz

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending