INFO
“Lepas Ni Jangan Kaki Letak Di Dashboard Kereta,” Wanita Ini Cerita Kisah Tragis Apa Berlaku Lepas Terlibat Kemalangan….
“Lepas Ni Jangan Kaki Letak Di Dashboard Kereta,” Wanita Ini Cerita Kisah Tragis Apa Berlaku Lepas Terlibat Kemalangan….
Menjadi penumpang hadapan pastinya memberikan kita pemandangan yang lebih jelas untuk melihat di kiri dan kanan jalan. Namun tidak dinafikan, berada dalam kereta dalam jangka waktu yang lama boleh memenatkan badan dan sebagai penumpang kita gemar melakukan tabiat buruk kaki letak di dashboard kereta. Sedar atau tidak, tindakan tersebut telah membawa kita selangkah mendekati kesan buruk sehingga lumpuh seumur hidup.
Wanita tanggung azab lumpuh separuh badan seumur hidup lepas kemalangan
Kisah ini dikongsikan oleh laman Facebook Public Health Malaysia, seorang wanita yang juga ibu anak tiga telah melakukan tabiat buruk kaki letak di dashboard kereta. Malang tidak berbau, mereka terlibat kemalangan dari arah hadapan.
Semasa kemalangan berlaku, secara tiba-tiba beg udara mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas sehingga mengepit ke muka. Akibatnya, dia memgalami lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya pula patah dan menyebabkan lutut kaki menyentuh hidung.
Kes lain yang berlaku kepada Audra Tatum, 33 tahun di Georgia juga mempunyai tabiat yang sama kaki letak di dashboard kereta ketika suaminya memandu. Walaupun sudah diingatkan berulang kali, tetapi dia tetap tidak mengendahkan malah sempat berseloroh yang dia akan sempat letak kaki ke bawah semula jika berlaku apa-apa.
Kemalangan berlaku pada tahun 2015, bila mana kenderaan mereka dilanggar pada bahagian sisi kereta. Kesan dari itu, wanita tersebut mengalami patah kaki kanan, patah hidung, pergelangan kaki, femur, dan bahu patah. Sudah bertahun kejadian ngeri itu berlaku, tetapi Audra tetap perlu menangung kesannya.
Dia tidak boleh lagi bekerja dalam perkhidmatan perubatan kecemasan kerana tidak mampu mengangkat pesakit, tidak boleh berdiri lama lebih dari empat jam pada satu-satu masa, dan merasai kesakitan setiap kali jalan.
Paling teruk boleh berlaku apabila mereka yang meletakkan kaki di dashboard ini terlibat kemalangan adalah, lutut kaki yang tertolak ke atas boleh tembus ke lubang mata mangsa lalu menyebabkan kecederaan lebih ngeri.
Dalam dashboard ada airbag untuk selamatkan nyawa
Salah satu fungsi utama dashboard kereta adalah adanya airbag atau beg udara yang menjadi komponen keselamatan untuk menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang. Ini sangat penting khususnya apabila melibatkan kemalangan berlaku dari arah depan.
Airbag akan mengurangkan tekanan dan impak kesan dari hentakan dan pelanggaran di dalam kereta. Kesannya kita mungkin akan mengalami kesan cedera yang tidak terlalu teruk, setidaknya tidak mengenai organ-organ penting dalam badan seperti jantung dan paru-paru.
Jangan jadikan kecuaian kita sendiri, risiko yang berbahaya kepada orang lain dan diri sendiri. Nampak perkara ini remeh, tetapi tabiat buruk seperti itu selalu dilakukan tanpa kita sedar terutamanya di saat leka di dalam kereta.
Biar kita berfikir dulu sebelum bertindak, jangan sesal di kemudian hari kerana ia sudah tidak berguna. Amalkan pemanduan yang selamat. Jadilah pemandu yang berhemah, dan penumpang yang peka tentang keselamatan diri. Ingatkan anak-anak anda, rakan-rakan, dan diri sendiri juga.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah