Connect with us

INFO

Syurga Makanan Jadi Sampah Kerana Pembaziran Setiap Hari! Guna Sebelum & Baik Sebelum, Apakah Beza Tarikh Luput Makanan Itu?

Published

on

beza tarikh luput makanan

Syurga Makanan Jadi Sampah Kerana Pembaziran Setiap Hari! Guna Sebelum & Baik Sebelum, Apakah Beza Tarikh Luput Makanan Itu?

Setiap kali beli barang di pasar raya selain harga, kita pastinya akan membelek terlebih dahulu label tarikh luput barangan tersebut. Berbelanja barang dapur khususnya yang melibatkan kuantiti yang banyak dan jenis makanan kering atau basah berbeza-beza. Pernah atau tidak anda menyedari, setiap label mempunyai maksud yang tertentu? Mengulas lanjut tentang perkara ini, anda boleh ikuti tulisan ini sehingga ke penghujungnya.

“Syurga makanan sampah”, jutaan manusia membazir buang makanan setiap hari

beza tarikh luput makanan

Dapatan statistik dari Public Health Malaysia 2018, menunjukkan kira-kira 38,000 tan sisa sampah dihasilkan masyarakat Malaysia setiap hari. Apa yang mengejutkan dalam 15,000 tan sisa makanan, 3,000 ribu tan adalah makanan yang masih boleh dimakan tetapi dibuang begitu sahaja. Apabila di kumpulkan, 3,000 ribu tan sisa makanan boleh memberikan bekalan kepada 2 juta orang lagi di seluruh dunia untuk meneruskan kehidupan. Bukankah di situ menunjukkan masyarakat terlalu membazir dalam menguruskan hal ekonomi kendiri?

Ramai pelarian dan negara bergolak peperangan di luar sana yang hanya mampu makan sisa roti kering di atas jalan raya atau berlapar dengan makan rumput bagi memgurangkan sakit perut semata-mata untuk terus bernafas keesokan harinya. Setiap tahun, jumlah pembaziran ini bukanlah mengalami penurunan sebaliknya peningkatan yang sangat meruncingkan. Salah satu sebab mengapa ianya terjadi adalah kerana, pengguna tidak faham beza tarikh luput makanan ecara mendalam .

Keliru dengan label “guna sebelum”, “baik sebelum” dan “tarikh luput”

Sesetengah dari kita tidak perasan sama sekali penggunaan terma “guna sebelum (use by)”, “baik sebelum (best before), dan tarikh luput (expired date). Ketiga-tiga label ini tidak boleh dipandang sebelah mata oleh pengguna kerana setiap darinya mempunyai makna yang tertentu. Berkongsi Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim dalam ruangan akaun laman sosial Facebooknya (Makmal Makanan) tentang permasalahan ini.

Guna sebelum (use by)

beza tarikh luput makanan

Apabila anda menjumpai barangan yang menggunakan label “guna sebelum” ini bermaksud tarikh sesuatu produk itu selamat untuk dimakan. Label seperti ini lebih banyak digunakan kepada produk atau barang makanan yang cepat rosak dan tidak boleh disimpan terlalu lama.

Contohnya, daging, susu, telur, kek, roti, mayonnaise, dan sebagainya. Untuk produk ini bila tarikh  sudah melebihi tarikh label yang ditetapkan, ia perlulah dibuang dengan segera dan tidak boleh dimakan sama sekali.

Baik sebelum (best before)

beza tarikh luput makanan

Berbeza dengan label makanan “baik sebelum”, ia lebih melambangkan kepada sifat dan kualiti sesuatu barang berdasarkan tarikh yang dinyatakan. Produk yang telah menjangkau tarikh label, tidak boleh dijual kerana kualitinya sudah berkurang. Ini termasuklah dalam aspek kesegaran, tekstruk, aroma, rasa, dan nutrisi asli.

Namun walaupun produk sudah melebihi tarikh label, ia masih boleh digunakan atau dimakan. Pertimbangannya di bawah pengetahuan kita sendiri. Sebagai pengguna, kita boleh menilai sama ada sesuatu produk rosak atau tidak berdasarkan dengan melihat pada perubahan dari yang asal seperti:

  • Rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
  • Warna (berubah dari yang asal)
  • Bau (tengit disebabkan oksidasi)
  • Rasa (tengit, masam)

Kesemua perubahan ini berlaku disebabkan adanya tindak balas kimia pada produk terbabit dengan persekitaran. Jika produk yang anda miliki itu sudah mempunyai tanda-tanda seperti di atas, sebaiknya buangkan sahaja ia terus.

Tarikh luput (expired date)

Singkatan “EXP” sering ditemukan pada produk bagi menandakan bilakah tarikh produk tersebut boleh digunakan. Sekiranya anda mendapati produk tersebut sudah melepasi tarikh yang dinyatakan, ianya memang tidak lagi selamat digunakan.

Bahkan kandungan nutrisinya juga berubah dari kandungan asal. Produk yang selalu dikaitkan dengan label makanan ini adalah produk berbentuk cecair seperti susu tin, susu formula, dan apa-apa makanan dalam tin.

beza tarikh luput makanan

Tips simpan produk makanan & minum agar tahan lama

Dikesempatan yang sama juga, Dr Fatimah Salim ada menyelitkan beberapa tips berguna untuk para pengguna tentang cara simpan produk makan dan minuman agar tahan lama.

  • Simpan dalam peti ais (freezer atau chiller)
  • Simpan dalam suhu yang rendah. Ini untuk melambatkan proses tindak balas kimi bahan dalaman produk itu. Tambahan lagi, ia juga berupaya memperlahankan pertumban kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Diharapkan dengan perkongsian tentang beza tarikh luput ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Jadilah pengguna yang bijak dan berjimat cermat demi kesejahteraan generasi akan datang!

Sumber: Facebook Fatimah Salim

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.