Connect with us

INFO

Kajian Yang Dilakukan Oleh Nature Communication Mendedahkan Bahawa 9 Buah Lokasi Dalam Negeri Di Malaysia Akan Tenggelam Pada Tahun 2050

Published

on

Kajian Yang Dilakukan Oleh Nature Communication Mendedahkan Bahawa 9 Buah Lokasi Dalam Negeri Di Malaysia Akan Tenggelam Pada Tahun 2050

Bencana banjir meletakkan rakyat terjejas dalam keadaan tertekan. Ramai yang kurang bersedia menghadapi situasi banjir yang tiba-tiba berlaku dengan begitu teruk tanpa amaran mahupun peringatan yang disebarluaskan melalui media massa negara walaupun telah ada kajian dilakukan sebelum ini. Impak bencana begitu teruk sehingga ranap harta benda malah melibatkan kehilangan nyawa.

Adalah amat disarankan bagi kita untuk cakna kepada ilmu-ilmu alam atau geografi agar kita lebih bersedia pada masa hadapan. Bukan untuk menghalang bencana, Namun ilmu akan membantu kita bertindak lebih awal agar kita dapat menghindar bencana.

Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan jangkaan negara jiran yang 1/3 daripada tanahnya akan tenggelam menjelang tahun 2050. Terkini, negara kita sendiri, 9 lokasi turut didedahkan bakal mengalami nasib yang sama.

Pemanasan global yang menyebabkan paras laut mengalami penambahan sebanyak 2 hingga 7 kaki bakal menyebabkan kekerapan banjir yang tinggi di bandar-bandar di pinggiran pantai yang rendah.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh satu badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi iaitu Nature Communication mendedahkan bahawa pada tahun 2050 kelak negara Malaysia juga akan tenggelam.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknologi Digital Elevation Models (CoastalDEM). Dalam kajian itu, mereka mendapati 9 buah lokasi di dalam negeri di Malaysia akan tenggelam. Kejadian alam ini akan menyebabkan pembentukan sebuah pulau dan akan menjejaskan jutaan penduduk di negeri-negeri seperti Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Kajian 9 Lokasi Dijangga Tenggelam Pada 2050

Lokasi tersebut adalah bandar-bandar besar seperti;

[1] Alor Setar

Gambar ini menunjukkan Alor Setar akan menjadi sebuah pulau.

[2] Parit Buntar hingga Taiping

Gambar ini pula menunjukkan kawasan sepanjang Parit Buntar hingga Taiping tidak kelihatan.

[3] Lebuhraya Utara-Selatan

Lebuhraya Utara-Selatan juga tenggelam.

[4] Bagan Datoh, Teluk Intan

Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor juga lenyap.

[5] Kuala Selangor, Port Klang, Shah Alam, KLIA

Port Klang akan tenggelam serta Shah Alam mengecil.

[6] Muar

Muar akan tenggelam

[7] Pekan, Pahang

Pekan, Pahang juga akan tenggelam

[8] Kuala Terengganu

Kuala Terengganu akan mengecil dan menjadi beberapa buah pulau.

[9] Kuching

Kuching, Sarawak juga akan mengecil dan menjadi beberapa buah pulau.

Di peringkat global pula dikatakan bahawa populasi di Asia adalah yang terkerap terdedah dengan kejadian paras laut. Ia akan menjadi semakin teruk jika faktor lapisan ais menjadi tidak stabil. Peratus keterukan ketidakstabilan itu adalah sebanyak 70% ; China sebanyak 43 juta, Bangladesh 19 juta, Vietnam 26 juta, dan Thailand 17 juta.

Dalam persediaan menghadapi masa hadapan, kerajaan bersama dengan rakyat haruslah menggembleng tenaga dalam mencari solusi masalah ini. Antara solusi jangka masa panjang yang ada ialah dengan mengubah cara hidup ke arah kehidupan lebih mesra dan sejahtera kepada alam.

Bagaimanapun, ini cumalah jangkaan sahaja. Jika kita merujuk video dokumentari yang dibuat berdasarkan bukti dan kajian di atas kita boleh lihat dataran Malaysia yang telah ‘mengecut’ dan tidak mustahil akan datang semakin mengecut. Tiada salah kita mengambil jangkaan ini sebagai ilmu untuk tindakan kita berdepan situasi akan datang.

Rujukan : [Matgeo] [Odisi]

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!