INFO
Pakar glasier mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi, dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites di Benua Antartika mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya
Pakar glasier mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi, dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites di Benua Antartika mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya
Sekumpulan pakar glasier mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi, dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites di Benua Antartika mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya. Pakar-pakar tersebut memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites yang dilihat berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan, dikhuatiri menenggelamkan bandar-bandar di pesisir pantai apabila paras air laut meningkat.
“Ia mengejutkan kerana bongkah ais gergasi itu cair begitu sahaja. Ia roboh seperti tembok dan pecah seperti ratusan ribu batu bata,” kata salah seorang daripada mereka.
Minggu ini, beberapa saintis mengadakan pertemuan di New Orleans dan memberi amaran bahawa sesuatu yang lebih membimbangkan sedang berlaku di lembangan ais Antartika Barat.
Penyelidikan selama bertahun-tahun oleh pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku diatas dan dibawah glasier Thwaites, salah satu glasier terbesar di dunia.
Sebahagian daripada keretakan itu dikhuatiri runtuh dalam tempoh lima tahun akan datang atau kurang. Saiz Thwaites yang amat luas menjadikan Larsen B yang seluas 3,250 kilometer persegi, dan setebal 200 meter kelihatan seperti bongkah kecil.
Glasier bersaiz kira-kira 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain itu mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut dunia meningkat lebih setengah meter.
Ia menyumbang kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia dan telah dipanggil glasier paling penting dunia, termasuk ‘glasier kiamat.’ Kajian satelit menunjukkan glasier itu mencair jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada tahun 1990-an.
Glasier atau sungai air batu ialah bongkahan endapan air batu padat yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asalnya terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan menimbun padat dalam suatu tempoh yang lama, lalu menurun ke kaki gunung hasil tarikan graviti melalui lurah sungai.
Gambar menunjukkan pemandangan satelit di Antartika dengan glasier Thwaites bertanda merah. – Foto UniversalImagesGroup/UIG/Getty.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah