Connect with us

INFO

Bumi Diambang Kehancuran, Saintis Dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Memberi Amaran Bahawa 99.9% Kehidupan Berpotensi Untuk Musnah

Published

on

jhgfd

Bumi Diambang Kehancuran, Saintis Dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Memberi Amaran Bahawa 99.9% Kehidupan Berpotensi Untuk Musnah

Banyak bencana alam yang telah terjadi di seluruh dunia. Dunia ini sudah berada pada peringkat akhir zaman. Mengesahkan perkara ini, baru-baru ini sekumpulan saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran bahawa 99.9% kehidupan berpotensi untuk musnah dan Bumi juga diambang kehancuran.

Suhu Laut Meningkat

Ini susulan kebimbangan tentang amaran perubahan iklim yang mendorong suhu laut menjadi semakin meningkat saban tahun.

Menurut laporan dari laman Futurism, saintis menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib Bumi yang akan menjadi seperti zaman dinosaur, yang mana kepupusan hidupan bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Cuma bezanya, kepupusan besar-besaran di masa akan datang ini datangnya dari kesilapan manusia sendiri.

bumi kilang

Aktiviti Manusia Mengganggu Kitaran Karbon Global

Menurut kajian Profesor Rothman dalam jurnal Science Advance, aktiviti manusia boleh menyebabkan gangguan kitaran karbon global lalu mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Kajian itu turut meramalkan Bumi akan hancur pada akhir abad ini.

bumi co2

Kajian ini memfokuskan kajian terhadap perubahan dalam kitaran karbon sepanjang 540 juta tahun yang lalu, termasuk 5 kepupusan besar-besaran yang pernah terjadi sebelum ini.

Bumi Akan ‘Bergelap’ Pada 2100

bumi gas rumah hijau

Menurut dapatan kajian ini lagi, Bumi mungkin berada dalam tempoh ‘gelap’ pada tahun 2100, kesan daripada pelepasan gas rumah hijau buatan manusia yang menyebabkan lautan menjadi terlalu berasid dan tidak mesra kepada banyak spesis hidupan di Bumi ini.

Profesor Rothman berkata, sekurang-kurangnya 4 daripada 5 kepupusan besar-besaran yang lalu telah dikaitkan dengan peningkatan kadar perubahan dalam kitaran karbon. Kini, manusia melepaskan terlalu banyak karbon ke atmosfera sehingga peristiwa geologi yang pernah berlaku dulu akan kembali dalam tempoh yang singkat.

bumi dr rothman

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sangat serius; namun, saya tidak tahu berapa banyak masa yang diperlukan untuk membawa kita ke titik kritis yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” kata ahli geofizik MIT, Profesor Daniel Rothman.

Masalah utama hari ini, menurut pakar, adalah mengawal manusia daripada terus mencemarkan alam sekitar dan mencari jalan untuk mengurangkan tahap karbon dioksida di atmosfera.

Bersediakah kita?

Sumber : [The Vocket] [Futurism] [Express]

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.