AGAMA
Kaedah niat berpuasa pada 9 Dzulhijrah bersammaan 10 ogos 2019 Dengan Betul, Kelebihan puasa hari Arafah.
Kaedah niat berpuasa pada 9 Dzulhijrah bersammaan 10 ogos 2019 Dengan Betul, Kelebihan puasa hari Arafah.
Bulan dzulhijjah merupakan bulan akhir tahun yang seringkali di manafaatkan para umat islam yang mampu menjalankan ibadah haji.
Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang melakukan pelbagai ibadat sunat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijah. Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya. Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2)
Menurut Ibnu Kathir:
Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)
Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat. Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyak solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.
Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. (Riwayat Muslim). Ini umum untuk semua waktu.
Niat Puasa Hari Arafah Dengan Betul
Berikut adalah lafaz niat puasa sunat Hari Arafah.
Sahaja Aku Berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Talaa
Tarikh Puasa Hari Arafah 2019 Di Malaysia
Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah 1440 Hijrah yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Ogos 2019 mengikut kalendar Islam di Malaysia. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha pada hari Ahad, 11 Ogos 2019 yang merupakan cuti umum/ hari kelepasan am.
Antara amalan yang sangat dianjurkan untuk kita laksanakan adalah:
- Puasa. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebilangan isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
- Mengucapkan takbir, tahlil dan tahmid. Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar di atas yang mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illallah), bertakbir (mengucapkan Allahu Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah)”. Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut sama bertakbir”.
- Puasa pada hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijah) kerana amalan ini sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Muslim) Bagaimanapun, amalan ini hanya disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji. Mengenai perbezaan ‘hari wukuf’ Arab Saudi dan Malaysia, kita perlu kembali kepada perbahasan ilmu falak. Secara ringkasnya, umat Islam adalah tertakluk kepada rukyah hilal di negeri masing-masing. Umat Islam di Malaysia tidak perlu mengikuti tarikh Arab Saudi, kerana matla’ (kaedah penentuan anak bulan), kita dan Arab Saudi adalah berbeza. Oleh yang demikian, jangan risau, ikut sahaja tarikh yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia. Allah, pemilik dan pengurus masa, lebih mengetahui. Sebagai tambahan, tiada istilah ‘hari wukuf’ di Malaysia. Dalam konteks tahun 1439H (2018), hari melihat anak bulan adalah Sabtu 11 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1439H. Di Malaysia, anak bulan tidak kelihatan, justeru 1 Zulhijah jatuh pada Isnin 13 Ogos. Sementara di Arab Saudi pula anak bulannya kelihatan, jadi 1 Zulhijah di sana jatuh pada Ahad 12 Ogos.
- Kelebihan Hari Raya Aidiladha (Yaum an-Nahr) pada 10 Zulhijah. Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdal di dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Ustaz amin puasa hari arafah
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.