Amalkan surah dan zikir untuk menjemput rezeki yg kerap kita hafal ni

Amalkan surah dan zikir untuk menjemput rezeki yg kerap kita hafal ni

Insyallah Rasanya semua di antara kita sudah biasa dengan amalan zikir dan bacaan surah ini. Jadi, sangatlah rugi jika hafalan kita itu tidak diamalkan. Semoga dengan bacaan ini, akan menjadikan urusan rezeki kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Beramal dengan yakin dan sepenuh hati. Insha-Allah.

Berikut adalah zikir dan surah-surahnya …

Memperbanyak membaca :

  • La hawla wala quwwata illa billah …

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan la hawla wala quwwata illa billah …

– HR. At-Tabrani

  • Memperbanyak membaca : La ilaha illallahul malikul haqqul mubin

Barangsiapa setiap hari membaca la ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam ku bur

– HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami

  • Memperbanyak membaca : Subhanallah wabihamdihi subhanallahil adziim

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada allah ta’ala sampai hari kiamaat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.

– HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat

  • Memperbanyak membaca : Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca surat al-ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan itu menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya

– HR. At-Tabrani

  • Memperbanyak membaca : Al-Waqi’ah

Barangsiapa membaca surat al-waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”

– HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-iman

  • Memperbanyak : Berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Dari Umar bin Al-Khatab dari Nabi S.A.W. bersabda :

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.

– Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah Al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan Al-Ismaili dengan Sanad Ma’lul

  • Melazimkan : Beristighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar, nescaya allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”

– HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah

Doa menjemput rezeki

  • Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas
  • Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami
  • Kika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah
  • Jika ada dibumi maka keluarkanlah
  • Jika jauh maka dekatkanlah
  • Jika dekat maka mudahkan lah
  • Jika sedikit maka banyakanlah
  • Jika banyak maka berkati lah

Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan & kedhaifan.

  • Ya Allah, kabulkanlah doa kami
  • Aamiiin, Ya Allah Ya Robbal ‘alamin.

Semoga Allah mengabulkan do’a kita dan semoga ianya bermanfaat buat semua, Insha-Allah …

Namun diingatkan, kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istiqamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah S.W.T agar diberi kemampuan untuk beramal.

Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.

Sumber: myinfomaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*