AGAMA
Jangan Berat Mulut Menyampaikan Ucapan Takziah Pada Individu Dilanda Ujian Walau Tidak Kita Kenali, Akhirat Nanti Allah Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan
Jangan Berat Mulut Menyampaikan Ucapan Takziah Pada Individu Dilanda Ujian Walau Tidak Kita Kenali, Akhirat Nanti Allah Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan
Musibah kita tidak akan jangka bila akan datang. Namun, segala musibah itu adalah tanda amaran kepada kita untuk meninggalkan kemungkaran dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.
Saban hari, kita membaca kes-kes kematian dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam takziah pada keluarga diuji kesusahan atau kematian atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.
Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda ujian itu, rebutlah untuk ucapkan salam takziah buat mereka yang dilanda musibah ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang dituntut.
Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kematian atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.
Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Takziah dari sudut bahasa merujuk kepada : “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mati dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jenazah si mati yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa musibah.”
Masa yang sama juga, ucapan takziah kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi ujian kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)
Ucapan sebegitu menepati anjuran Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Semuanya ada ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya. Perintahkanlah dia (perempuan itu) untuk bersabar, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.” (Riwayat Al-Bukhari – 7377).
Jadi jangan berat mulut menyampaikan ucapan takziah walau pada individu tidak kita kenali.
Majalah ilmu: Semoga kita semua diampunkan segala dosa kita oleh Allah SWT. Semoga kita dilindungi oleh Allah dari segala musibah. Aamiin.
Sumber: Kashoorga
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment