Kisah
Jalan Kaki Dari UK Ke Mekah Selama 11 Bulan Sambil Tolak Troli Semata-Mata Untuk Menunaikan Misi Menjadi Tetamu Allah Bagi Musim Haji 2022

Jalan Kaki Dari UK Ke Mekah Selama 11 Bulan Sambil Tolak Troli Semata-Mata Untuk Menunaikan Misi Menjadi Tetamu Allah Bagi Musim Haji 2022
Jika anda pernah tengok sebuah filem dari Indonesia hasil produksi Falcon Pictures pada tahun 2014 yang bertajuk Haji Backpacker sudah tentu anda dapat merasai serba sedikit tentang perjalanan seorang pemuda yang berjalan kaki dari Indonesia hingga ke Mekah. Jika Mada yang memegang watak utama dalam filem itu melakukan misi perjalanan tersebut kerana berasa kecewa dengan takdir Allah SWT asbab gagal bernikah dengan gadis pujaan hatinya. Sebaliknya kisah seorang lelaki separuh abad, Adam Muhammad ini lain pula ceritanya untuk dijadikan pengajaran bagi semua. Dia sanggup jalan kaki dari UK ke Mekah demi menjadi tetamu Allah SWT.
11 bulan jalan kaki dari UK ke Mekah dengan menolak troli
Dikongsikan dari akaun Tik Toknya @adam.to.mecca.by.foot, Adam Muhammad, 52 tahun yang lebih mesra disapa Brother Adam dia berjalan kaki dari Wolverhamptom, Britain ke Mekah dan mencapai misi menjadi tetamu Allah SWT. Banyak suka duka dalam perjalanan yang mengambil masa hampir setahun lamanya sejauh 6500 km.
Antara 9 negara yang perlu ditempuhinya termasuklah Netherlands, Serbia, Austria, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria, dan Jordan sebelum tiba di Mekah bagi mengerjakan ibadah haji untuk tahun 2022.
Adam berjalan sambil menolak troli yang mengandungi barang keperluan dirinya, tempat memasak, stok makanan, dan juga tempat untuk berteduh. Troli unik itu seberat 200 kg hingga 250 kg dan dibinanya sendiri untuk berfungsi sepenuhnya sebagai “rumah kedua”.
Yang menakjubkan adalah keputusan untuk berjalan solo ke Mekah ini dibuat secara tiba-tiba tanpa dirancang dan dia sendiri hanya tawakal kepada Allah SWT atas segala rintangan yang mendatang. Namun Alhamdulillah dengan izin Allah dia berjaya melakukannya dan kejayaan ini paling tidak disangka-sangka.
Menurut cerita, Adam telah memulakan perjalannnya pada 2 Ogos lepas. Pada 19 Ogos 2021, seorang pengguna Tik Tok ada melihatnya berjalan di bandar Coventry, England. Bahkan ketika melalui negara itu sahaja, Adam berjaya mengumpul lebih 400,000 pengikut Tik Tok dan 2.8 juta tanda suka daripada pengguna lain yang sangat mengkagumi semangat cekalnya.
Terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak
Ibadah haji Adam penuh dengan pengorbanan. Dia terpaksa meninggalkan isteri dan dua anaknya. Atas sebab itu juga dia telah mengambil inisiatif ini untuk berkongsi kisah perjalannnya secara langsung setiap hari.
Sepanjang perjalanan, Adam menerima pelbagai bentuk bantuan termasuklah makanan, wang tunai, dari beberapa penduduk setempat dan orang ramai yang mengutip dana secara sukarela bagi pihaknya.
Apa yang pasti, dia melakukannya misi tersebut bukan kerana populariti atau pun wang sebaliknya kerana ingin sekali menunaikan haji pada tahun ini.
“Saya ingin memberitahu kepada semua orang di seluruh dunia bahawa kita semua adalah sama dan tiada sesiapa yang lebih baik daripada orang lain,” katanya.
Perjalanan misi ke Mekah adalah “Perjalanan Ummah”
Bagi Brother Adam, perjalanannya ke Mekah ini bukanlah sekadar misinya sendiri untuk mengerjakan haji. Namun inilah perjalanan ummah untuk mengajak semua orang terinspirasi melaksanakan rukun Islam ke lima bagi yang mampu.
Semakin lama dia berjalan, semakin sedar begitu kerdil dirinya sebagai seorang hamba Allah. Dan dengan izin Allah, semalam Adam dilihat menangis kegembiraan apabila tiba di bumi Mekah sambil menolak troli yang dibawanya dari UK.
Ketibaanya ke Mekah telah disambut oleh orang ramai yang berkumpul di Masjid e Aisha.
“Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi,” katanya ketika tiba di Mekah. Adam juga turut mengucapkan rasa terima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah banyak membantu.
Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segalanya dan sesungguhnya inilah perngorbanan seorang insan yang bernama Adam Muhammad. Semoga Adam dan para jemaah haji 2022 akan mendapat haji mabrur, diampunkan segala dosa oleh Allah, dan diberikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Allah SWT berfirman dalam Surah Hud, ayat 115.
Maksudnya: “Dan bersabarlah kerana sesunggunya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Sumber: Tik Tok @adam.to.mecca.by.foot
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah











