Kisah
Pernah Belajar Di Sekolah Pondok & Bersihkan Bilik Air Guna Berus Gigi, “Husein Gila” Jenazah Berbau Harum Muka Hitam Jadi Berseri

Pernah Belajar Di Sekolah Pondok & Bersihkan Bilik Air Guna Berus Gigi, “Husein Gila” Jenazah Berbau Harum Muka Hitam Jadi Berseri
Masihkan kita ingat tentang sebuah cerekarama di TV3 bertajuk Insan Terpilih arahan oleh Nazir Jamaluddin? Telemovie ini mengetengahkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifli (teraju utama), Fathil Dani, Zara Zya, Jay Iswazir, dan ramai lagi. Diinspirasikan dari kisah benar seorang insan terpilih bermula dari hidupnya sehingga peristiwa Husein Gila jenazah yang berbau harum menggemparkan semua para jemaah surau berkenaan.
Husein gila kisah benar yang terjadi di Klang
Perkongsian ini diceritakan oleh seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor. Ragam dan telatah Husein ini sentiasa membuatkan para jemaah tidak kering gusi melihatnya. Digelar dengan panggilan “Husein Gila” kerana pada zahirnya dia tidak sama seperti orang normal yang biasa kerana dia insan istimewa.
Setiap hari kerjanya akan membersihkan surau dan setiap kali azan mula berkumandang dia akan duduk memerhatikan para jemaah solat. Semua jemaah surau kenal dengannya kerana batang hidungnya pasti ada di mana-mana sahaja kawasan surau tersebut setiap hari.
Sanggup cuci bilik air guna berus gigi
Husein seorang pemuda mulia yang amat cintakan “rumah Allah”. Setiap hari dia akan mengutip benda-benda kotor dan sampah di karpet surau lalu dimasukkan ke dalam poketnya. Walaupun ada jemaah yang memberikannya penyapu tetapi dia tetap memilih untuk menggunakan tangan semata-mata.
Begitu juga dengan mencuci bilik air surau. Husein lebih pilih untuk memberus lantai dan dinding-dinding bilik air menggunakan berus gigi yang kecil berbanding berus lantai biasa. Bila diberikan berus lantai, dia menolak dan tetap menggunakan berus gigi.
Hairan memang sangat hairan para jemaah yang melihat kerenah pemuda tidak siuman itu. Namun apa yang menyentuh hati apabila di ditanya mengapa dia memilih menggunakan berus gigi.
Katanya, “Rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu Allah SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.”
Diberikan duit, Husein menolak dengan jawapan dia masih ada tangan dan kaki untuk berjalan-jalan dan cari makanan yang orang bazirkan buang.
“Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau,” Butir bicaranya memang buat orang lain terkesima. Bahkan kadang kala dia kutip nasi dan satukannya di atas lantai untuk memberi semut makan.
Bila di tanya dia jawab, “Semut pun makhluk Allah SWT, kalau kucing kita boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?”
Dan akhirnya semua jemaah membiarkan sahaja Husein dengan perangai peliknya.
Pandai azan, bekas pelajar pondok suatu ketika dulu
Menurut penceritaan jemaah surau itu, Husein ini sebenarnya merupakan bekas pelajar pondok. Dulu katanya mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapa dia pun sama sehinggalah menyebabkan Husein tertekan dan merayau-rayau tidak tentu arah.
Pernah suatu hari bila mana muazzin surau yang biasanya menjalankan tanggungjawab untuk melaungkan azan, belum datang lagi ke surau untuk waktu Maghrib.
“Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni. Aku jelah azan kan,” Husein mula resah dan membebel.
Jemaah yang semakin ramai menunggu untuk solat berjemaah di surau sedaya upaya cuba menahannya dari meneruskan hasrat itu. Namun begitu, imam surau suruh untuk membiarkan sahaja.
Dengan penuh syahdu dan hiba, para jemaah menangis mendengar Husein melaungkan azan. Cukup sempurna malah lebih sempurna dari seorang insan yang sempurna fizikalnya.
“Pandia kau azan ye Husein,” tanya jemaah.
“Memanglah pandai dah aku hari-hari kat sini. Aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku lah. Allah SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh,” balasnya sambil ketawa.
Husein gila jenazah berbau harum dan berseri-seri
Setiap yang hidup pasti akan berakhir dengan kematian. Husein dipanggil oleh Ilahi secara tiba-tiba. Saat jenazahnya dimandikan, subhanallah tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tidak sanggup.
Gigil tubuh mereka, sebak rasanya apabila melihat dan menyentuh jenazah Husein. Allah SWT memuliakan kematiannya dengan begitu indah. Mukannya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Baunya harum semerbak kalah dengan minyak wangi yang dipakai jemaah untuk solat. Insaf, ramai yang insaf dan sedar melihat kejadian tersebut.
Perginya Husein maka sunyi sepilah surau. Dalam sebulan imam bertukar-tukar silih berganti mendoakan Husein. 30 hari setiap kali lepas solat, jemaah mendoakan kesejahteraan Husein sehingga menitis air mata mereka semua yang rindukan Husein gila.
Maka benarlah nilai seorang manusia di sisi Allah SWT itu seperti dalam sebuah sabda Rasulullah SAW,
Maksudnya: ““Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” – (Hadis Riwayat Muslim dan Tabrani)
Sumber: Sebuah Surau di kampung Klang, Selangor
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












