Connect with us

Kisah

[Video] Isteri Jaga Suami Sakit Setia Di Sisi, Sentiasa Pimpin Tangan Suami Hingga Ke Hujung Nyawa

Avatar of hannani juhari

Published

on

isteri jaga suami sakit

[Video] Isteri Jaga Suami Sakit Setia Di Sisi, Jalan Terbongkok-Bongkok Pimpin Tangan Suami Hingga Ke Hujung Nyawa

Kata orang kasih sayang suami isteri bukan diukur dari seberapa lama usia perkahwinannya tetapi cinta yang berkekalan hingga ke hujung usia. Menelusuri badai demi badai dalam melayarkan nakhoda rumah tangga bukanlah satu cabaran yang mudah. Semua orang mampu  untuk memilih pasangan dan berkahwin tetapi tidak ramai yang terdaya bertahan hingga ke akhirnya. Video isteri jaga suami sakit dengan terbongkok-bongkok memimpin tangan ini pasti akan membuatkan anda terharu.

Mandikan dan pimpin tangan suami, isteri jaga suami sakit walau sudah tua

Kemuliaan bagi seorang isteri adalah apabila suaminya redha atas segala apa yang dia lakukan. Video ini dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook Chanel Impian memaparkan sisi kesetiaan dan ketabahan seorang isteri jaga suami sakit walaupun umurnya sudah dilanjut usia.

Selangkah demi selangkah kaki tua berjalan sambil memimpin suami dengan menggunakan gayung dari tempat mandi di luar rumah. Memang langkah kaki itu tidak segagah dulu, tidak sekuat dulu, dan tidak sepantas dulu, namun kudrat perlahan ini ikhlas kerana kasihnya seorang isteri.

Tidak mungkin dibiarkan suaminya berseorangan mengharungi sisa hidupnya. Bila suaminya berhenti, maka isteri yang sabar turut sama berhenti dan menunggu. Bila suaminya berjalan, maka isteri berjalan beriringan tidak meninggalkannya di belakang. Cinta yang begitu istimewa milik pasangan ini.

Bukan anak, bukan saudara, tetapi isteri yang solehah

isteri jaga suami sakit

Kita kadang-kala sebagai pasangan selalu terlepas pandang. Merasakan dan sangat yakin berharap suatu hari nanti apabila umur semakin dimamah oleh usia, anak-anak adalah orang pertama yang akan menghulurkan tangan dan membantu mak ayahnya yang sudah tua.

Sahabat-sahabat lama akan datang menziarahi dan memberikan kata-kata semangat saat muda dulu. Namun jauh sebelum itu, kita terlupa adanya pasangan di sisi yang sentiasa ada tidak kira bagaimanapun keadaan kita.

Memiliki pasangan yang soleh dan solehah itu adalah nikmat yang begitu hebat Allah SWT berikan untuk kita rasa kebahagiaan hidup di dunia sebelum meraihnya di syurga kelak.

Kunci syurga isteri dari redha suami

Mendapatkan syurga bagi seorang wanita, salah satu caranya adalah dari redha seorang suami. Jika redha Allah pada seorang anak ada pada redha ibu bapanya, bagi seorang isteri redha Allah terletak pada redha suaminya.

Sabda Rasulullah SAW,

“Wanita mana saja yang meninggal dunia, kemudian suaminya redha terhadapnya, maka ia akan masuk ke syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, dan di hasankan oleh Imam Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW,

Dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya/kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara’), dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Sohihnya)

isteri jaga suami sakit

Melalui dua hadis ini maka jelaslah bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW amat mengiktiraf redha suami sebagai kunci seorang isteri untuk ke syurga. Pengiktirafan ini begitu tinggi untuk kaum wanita kerana kemuliaan yang diberikan kepadanya.

Beratnya amanah seorang isteri, dan ibu setimpal dengan pahalanya iaitu syurga. Sebaik-baik suami adalah yang meringankan dosa isterinya dengan amal kebaikan. Ustaz Pahrol Juoi pernah memberi tahu, para suami yang ingin bersedekah agar meniatkan sedekah untuk isteri kepada fakir miskin atau orang-orang yang memerlukan. Dengan cara itu kita sedikit sebanyak dapat menghapuskan dosa-dosa isteri yang terlepas pandang.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mengukuhkan lagi kasih sayang suami isteri di luar sana agar sentiasa sabar, dan ikhlas menjalani dugaan rumah tangga. Manisnya dari segala kepayahan ini kita akan nampak apabila Allah pilih kita satu keluarga masuk ke syurga Nya kelak. Amiin Ya Rabb.

Sumber: Facebook Chanel Impian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU