Connect with us

Kisah

Pengasas RHB Bank Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat Wakaf masjid Indah Ala Taj Mahal.

Avatar of majalahilmu

Published

on

masjid

Pengasas RHB Bank Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat Wakaf masjid Indah Ala Taj Mahal.

Siapa sangka pengasas RHB bank adalah muslim. Nama itu merupakan singkatan kepada nama pengasas kumpulan RHB iaitu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Beliau merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia.

rhb

Seorang lelaki di Facebook, dedah siapa sebenarnya Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Bukan sahaja berjaya di dunia, malah jutawan ini turut mewakafkan sebuah masjid baru yang bernilai 100 juta di Seremban.

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD.

71182977 10221370434469185 3671385542664126464 o

Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.

Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.

Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.

70396637 10221370432589138 1919016032375144448 o

Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya.

70393193 10221370434949197 2825512499883802624 o

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.

Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?

Sembahyang pun malas malas ….
Saya lah ni.
(Amar Sufi Ali)

Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.

Video Bandar Sri Sendayan Mosque :

Sumber: Fb Farhan Che Hassan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.