Connect with us

Kisah

Ini pesanan Tok Guru Nik Aziz Kepada Neelofa, Semasa Bermimpi Bertemu Tok Guru Di Dalam Masjid Berpermaidani Hijau

Published

on

hrthrt

Ini pesanan Tok Guru Nik Aziz Kepada Neelofa, Semasa Bermimpi Bertemu Tok Guru Di Dalam Masjid Berpermaidani Hijau

ketika awal penghijrahan Neelofa yang mula berhijab pada tahun 2014. Neelofa berpeluang bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama selepas beliau mula mengenakan hijab.

Neelofa dikatakan berkongsi pengalaman menziarahi Tok Guru Nik Aziz dalam satu temubual anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 12 September 2014.

Mimpi berjumpa Tok Guru Nik Aziz

Menurut Neelofa, dia telah bermimpi bertemu Almarhum Tok Guru semasa Ramadhan bebrapa tahun yang lalu.

Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid yang dialas permaidani berwarna hijau.

Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya.

Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa sendiri tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati yang berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.

Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan untuk bertemu sendiri dengan Tok Guru.

“Dia kata Tok Guru sedang sakit dan tak boleh berjumpa. Tapi akhirnya rezeki pada hari raya ke empat macam tu dia call suruh datang ke rumah Tok Guru pada jam 3 petang.”

“Masa pergi itu, memang Tok Guru sangat lemah ketika itu. Tetapi, walaupun tengah lemah, dia masih lantang bersuara dan apa yang diperkatakannya itu sangat jelas dan terang.”

Ini pesanan Tok Guru kepada Neelofa

“Dan dia cakap pada saya, dunia ini hanya pinjaman Allah SWT pada kita, apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu miliki, kamu makan, kamu pakai, rumah kamu hanyalah pinjaman daripada Allah.”

“Apabila menjalani hidup seharian, kita tidak sedar bahawa apa yang kita miliki adalah kepunyaan Allah SWT. Jadi disebabkan kita lalai, banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.”

“Itulah antara yang saya boleh rumuskan, banyak lagi yang Tok Guru ceritakan sebenarnya, tapi itu yang pertama sekali keluar dari mulut Tok Guru.” akhiri Neelofa.

Sumber: Asia Kini

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.