AGAMA
Kenali 3 Imam Besar Masjidil Haram Dari Tanah Melayu Yang Ramai Tak Tahu.

Kenali 3 Imam Besar Masjidil Haram Dari Tanah Melayu Yang Ramai Tak Tahu.
Siapa sangka rupanya ada 3 orang Melayu pernah jadi Imam Besar Masjidil Haram buat ramai umat Islam Melayu tak sangka. Subhanallah Hebat. Jom baca dan kongsikan.
3 IMAM MELAYU DARI TANAH MELAYU
Semasa Daulah Uthmaniyah (1299-1923) menguasai Tanah Haram Mekah, jawatan Imam Besar Masjidil Haram terbuka kepada umat Islam dari seluruh dunia yang benar-benar berkelayakan.
Dalam tempoh tersebut, hanya ada tiga orang ulama besar dari Nusantara yang dicatatkan pernah diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Mereka ialah :-
1) Syeikh Junaid Al Batawi
Lahir di perkampungan yang melahirkan ramai ilmuan Betawi iaitu Pekojan, Jakarta Barat. Beliau sangat masyhur di Tanah Arab kerana keilmuannya sehingga diberi gelaran Syaikhul Masyaikh Dikatakan panggilan ‘Siti Rahmah’ oleh orang-orang Arab kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi pada hari ini berasal dari nama isteri Syeikh Junaid Al Batawi. Beliau mening gal dun ia di Mekah sekitar tahun 1840 an
2) Syeikh Nawawi Al Bantani
Lahir di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815. Mendapat gelaran Sayyidul Ulama Al Hijjaz (penghulu Ulama Nusantara di Hijjaz). Karyanya yang ditemui adalah sekitar 38 buah dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith, tauhid, fiqh, tasawwuf & lain2.
Beliau meningg gal dun ia di Mekah pada tahun 1897 dan dikebu mikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah R.ha.
3) Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi.
Lahir di Koto Tuo, Agam, Sumatera Barat pada tahun 1860. Beliau berguru dengan beberapa orang ulama besar Mekah antaranya mufti Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang agama, malah beliau juga mahir dalam ilmu matematik.
Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau mening gal du nia pada tahun 1916 di Mekah.
Jika anda baru tau, jangan lupa untuk kongsikan informasi menarik ini. Terima kasih.
Sumber: thepatriot
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.