Petua
Ilmu Mengenalpasti Barang Kemas Kita Beli Tulen dan Bukan Tiruan.

Ilmu Mengenalpasti Barang Kemas Kita Beli Tulen dan Bukan Tiruan.
Bercakap pasal barang kemas memang golongan wanita la yang mengemarinya, Barang aksesori dari emas, berlian, emas putih, platinum, berlian mahu pun mutiara memang mahal harganya.
Sebab itu kena ada ilmu sebelum membelinya supaya kita tak mudah tertipu. Majalah ilmu kongsikan kepada pembaca sebahagian daripada Kaedah yang boleh anda gunakan untuk membezakan barangan kemas yang dibeli itu tulen atau tiruan.
1. Kesan wap
Berlian asli tidak akan menghasilkan kesan wap bila anda menghembuskan nafas ke arahnya, sebaliknya berlaku pada berlian tiruan.
2. Magnet
Ramai yang pesan kalau nak masuk kedai emas bawa magnet, memang betul pun. Barangan kemas yang disadur dengan besi atau aloi akan pantas melekat pada magnet. Sementara emas tulen tidak akan melekat.
3. Iodin
Untuk kenal pasti barang aksesori emas yang kita beli adalah tulen boleh juga menggunakan iodin. Sekiranya iodin disapu pada barang kemas dan meninggalkan kesan, itu adalah petanda barang tiruan.
4. Rendaman Cuka
Emas tiruan akan bertukar gelap jika diletakkan dalam cuka. Sebab itu ia digunakan sebagai salah satu cara untuk menguji ketulenan barangan emas. Tuang cuka dalam gelas berisi cuka, letakkan cincin atau gelang emas kemudian biarkan selama lima minit. Lihat sama ada ia berubah jadi gelap atau tidak.
5. Uji Bayang-bayang.
Barangan kemas dari perak atau platinum kelihatan hampir sama, disebabkan itu mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab menukarnya dengan besi yang murah.
Tapi beza barang perhiasan ini boleh dilihat dari bayang-bayangnya saja. Barangan perhiasan tiruan akan menghasilkan bayang-bayang berwarna hitam sementara platinum pula tidak memberi kesan sebegitu.
6. Uji dengan kapur
Untuk mengetahui barang kemas dari perak yang kita beli itu tulen boleh juga gunakan kapur tulis. Gosokkan barang perak tadi dengan kapur, jika ia berubah menjadi gelap itu tandanya ia barangan kemas perak yang asli.
7. Mutiara asli kasar
Kita boleh mengenal pasti mutiara asli dengan cara menggigitnya. Mutiara asli akan terasa kasar seperti pasir. Mutiara tiruan pula akan lebih halus.
Majalahilmu: Jangan lupa tips yang dikongsikan, ,moga-moga bermanafaat dan menambah ilmu pengetahuan anda. Jika suka artikal kami, jangan lupa Share Komen dan like page Majalah ilmu.
-
Resepi Viral1 year ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
AGAMA2 years ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
AGAMA1 year ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
AGAMA2 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang bvbi? Inilah dosa bela kuku panjang
-
AGAMA2 years ago
Berdoalah 14 Waktu Mustajab Ini Jika ingin Doa Anda Dimakbulkan.