Petua
Bercucuk Tanam Sayuran Hanya Dengan Segelas Air, Sangat Kreatif.
Bercucuk Tanam Sayuran Hanya Dengan Segelas Air, Sangat Kreatif.
Senangkan bila kita nak masak just petik2 je kat tepi2 dapur kita tu sayur-sayuran yang kita nak. daun sup, daun bawang, wahh segar gitu. wah terbayang-bayang editor majalah ilmu jika ada dapur yang indah di serikan pula tanaman sayuran segar. Tetapi terfikirkah anda bahawa dengan segelas air kita boleh bercucuk tanam di dapur?
Ini 7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air :
Daun Bawang, Leeks
Apa yang anda perlukan cuma gelas, air dan juga beberapa rumpun daun bawang atau pun sayur leek. Letakkan rumpun sayur ini ke dalam gelas berisi air dan ia akan kekal segar dan bercambah.
Daun pudina
Daun yang mampu menyedapkan teh dan juga asam laksa ini sebenarnya cukup senang ditanam. Apa yang perlu dilakukan cuma letakkan daun pudina bersama rumpun yang berakar di dalam air.
Kubis Panjang/cina
Anda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina dengan menggunakan tampuknya. Cuma letakkan bahagian bawah tampuk dalam mangkuk dengan sedikit air dan tunggu beberapa hari untuk melihat ia mencambahkan daun yang baru.
Daun Seleri
Sama seperti kubis Cina, letakkan tampuk bawah sayur ini dalam air lebih kurang satu inci setengah selama beberapa hari. Apabila ada daun baru bercambah, alihkan ke dalam bekas yang sesuai.
Daun basil
Bagi memastikan anda mendapat bekalan daun basil yang berterusan anda tak perlu membelinya di kedai. Ia cukup mudah untuk dicambah.
Hanya letakkan daun ini bersama tangkai yang berukuran 4 inci panjang dalam segelas air dan dedahkan kepada cahaya matahari. Apabila lihat akarnya sudah bercambah dalam 2 inci alihkan ke dalam pasu.
Sweet potato (kentang manis)
Letakkan kentang ini dalam air menenggelamkan sebahagian besar kentang. Letakkan di tempat yang terdedah pada cahaya matahari.
Kentang ini akan mencambahkan daun baru tapi biarkan sehingga sedikit panjang. Apabila sudah berukuran lebih kurang 5 inci, tanggalkan tangkai daun ini dari ubi tadi. Letakkan dalam air dan ia akan mencambahkan akar. Apabila sudah panjang tanam dalam tanah. Pastikan tanaman ini disiram secukupnya.
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.