Connect with us

KESIHATAN

Ilmu Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato Dr. Hamid Arshat

Published

on

Ilmu Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato Dr. Hamid Arshat

Ilmu Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato Dr. Hamid Arshat

Sedar tak sedar ramai dalam kalangan rakyat negara kita mengalami penya kit tekanan darah tinggi yang berpunca daripada asbab aktiviti dan makanan harian kita yang kurang sihat. Penya kit darah tinggi, atau hipertensi adalah sejenis penya kit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi, contohnya strok dan kema tian. Pesa kit selalunya perlu bergan tung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor bagi mengekalkan tekanan yang normal.

Sebenarnya, penya kit ini boleh dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Namun jika ia masih berlaku, rahsia yang dikongsi oleh Pakar Sa kit Puan terkenal, Dato’ Dr. Hamid Arshat ini mungkin sesuai diamalkan. Bukan susah pun, jom buat sekarang!

Kawal Darah Tinggi

Beberapa panduan yang baik untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mula menghi dap penya kit darah tinggi.

Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 MmHg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal. Alhamdulillah biasanya pressure akan turun 130/80 mmHg.

Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat timbunan lemak pada dinding (atherosclerosis). Ia sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu dalam organ-organ terpenting.

Jadi ri sikonya dalam jangka panjang ialah sera ngan jantung, strok serta macam-macam lagi gejala kesihatan. 7 rahsia kawal darah tinggi saya:

(1) Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat dan jauhi air bergas. Satu lagi nasihat saya, kurangkanlah makan daging merah seperti lembu dan kambing.

(2) Bersenam 30 minit setiap hari. Senaman dapat meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ, disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga dapat merembes hormon endorfin daripada otak agar menjadikan kita lebih tenang dan ceria.

(3) Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat mengawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, bertafakur dan lakukan deep breathing exercises, umpamanya yoga.

(4) Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, beta karotena, flavonoid dan antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation serta membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu.

(5) Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi serta ulam-ulaman. Antaranya ulam raja, sambung nyawa dan pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga bersifat anti-kanser. Banyakkan makan buah mangga, tembikai, keledek merah, lobak dan berries.

(6) Minum jus lemon, air limau nipis, limau kasturi dan grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti-inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan dan anti-inflammatory.

(7) Ambil minyak ikan, minyak kelapa da ra dan minyak zaitun. Khasiat ikan salmon dan makerel ni terbukti sangat baik dan ia mengandungi Omega-3 serta DHA. Juga berfungsi sebagai anti-inflammatory.

Perkongsian foto laman rumah Dato’ Dr. Hamid Arshat ini. Penuh dengan ulam raja, gemuk-gemuk pokoknya.

3 2 126 3 2 127

Seperti yang beliau katakan, ulam raja ni baik untuk mengawal kolesterol dan gula dalam darah. Kita pun boleh amalkan cara semula jadi ni tau, caranya kisar pucuk ulam raja dan campurkan sedikit madu asli. Boleh juga campurkan epal hijau atau lobak merah bagi menambah khasiat jus. Minum seminggu sekali pun ok, cubalah! Norzalina Mohd Alias

Antara 5 Khasiat Ulam Raja

1. Menaikkan Selera Makan

Menurut kajian, ulam raja dikenal pasti dapat membantu menaikkan selera makan seseorang itu. Caranya adalah dengan mendapatkan 100 gram daun ulam raja yang masih segar. Kemudian, bersihkan daun tersebut dengan air dan seterusnya dimakan secara mentah ataupun ketika anda makan nasi.

2. Mengatasi Masalah Jantung

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan moden, individu yang mengalami masalah jantung turut dapat mengamalkan ulam raja bagi menanggani masalah mereka. Caranya adalah seperti dibersihkan dan dimakan secara mentah ataupun dapat direbus dengan sukatan tiga gelas air dan direbus sehingga tinggal dua gelas air. Setelah itu, minum air rebusan tersebut.

3. Untuk Menghalau Serangga

Mungkin ada yang terkejut, aik untuk serangga?? Yup betul, selain baik untuk kesihatan kita, ulam raja juga mampu membantu kita menghalau serangga. Caranya adalah seperti, ambil daun ulam raja dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian, letakkan di tempat-tempat yang dialui oleh serangga.

4. Mencegah Penuaan (Awet Muda)

Mesti ramai kan berminat dengan khasiat yang ini? Tak dinafikan, setiap manusia menginginkan wajah yang sihat serta muda. Lebih-lebih lagi wanita. Oleh itu, seringkan amal memakan ulam raja ni ye. 🙂

5. Menghilangkan Bau Mulut

Dengan memakan ulam raja secara rutin, kita secara tak langsung sebenarnya mampu menghilangkan masalah mulut berbau. Selain itu, disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam ulam raja, kita juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.

Sumber: Dato’ Dr. Hamid Arshat

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.