Connect with us

Petua

10 Petua Supaya Ikan Ranggup, Tidak Melekat & Meletup Ketika Digoreng

Published

on

ikan ranggup tidak melekat

10 Petua Supaya Ikan Ranggup, Tidak Melekat & Meletup Ketika Digoreng

Goreng ikan ranggup, tidak melekat, bagaimana caranya? Artikel pada kali ini, akan berkongsi kepada anda tentang cara bagaimana untuk memastikan ikan ranggup tidak melekat semasa digoreng.

Ikan merupakan sumber protein yang sangat bagus dalam sesebuah set pemakanan. Ia mengandungi banyak nutrisi antaranya seperti asid lemak omega-3 yang menyihatkan jantung, protein berkualiti tinggi, mesra metabolisme selenium, Vitamin B12 yang meningkatkan tenaga, Vitamin D yang memerangi keradangan, mineral, fosfor, kalsium, dan banyak lagi.

Selain khasiatnya yang baik, ikan juga adalah hidangan yang mudah untuk diolah menjadi pelbagai jenis lauk seperti ikan masak kicap, kari ikan, ikan masak sambal, atau paling mudah ikan goreng. Nampak mudah, tetapi tidak semudah yang disangka apabila kita terpaksa makan ikan goreng yang hancur, dan berkecai isinya sana-sini.

Mengapa ikan melekat ketika digoreng?

Masalah ikan mudah melekat pada kuali disebabkan tindak balas permukaan ikan yang basah dengan keadaan kuali yang panas, dan berminyak. Ikan yang bersentuhan langsung dengan permukaan kuali, akan menyebabkan ia mengering, dan melekat. Inilah yang menyebabkan isi ikan melekat pada kuali apabila diterbalikkan.

ikan ranggup tidak melekat

Tips supaya ikan ranggup tidak melekat semasa di goreng

Tidak perlu risau lagi. Di sini, kami akan berkongsi beberapa tips agar ikan ranggup tidak melekat. Cara ini pastinya dijamin anda tidak akan menyesal untuk ikuti.

1. Kuali bersih

Sebelum kita sentuh hal berkaitan ikan, pastikan dahulu kelengkapan dapur khususnya kuali yang digunakan untuk mengoreng nanti adalah bersih, dan elok permukaannya.

Jika perlu, gunakan sahaja penggosok periuk yang sesuai untuk menyinkirkan kotoran atau kerak yang melekat sehingga boleh menyukarkan proses menggoreng ikan nanti. Siap dibasuh, bilas kuali tersebut, dan keringkannya sebelum diletakkan di atas dapur gas.

2. Basuh dengan tepung

Ikan, dan ayam biasanya ramai yang suka memilih cara untuk membersihkan menggunakan tepung gandum. Hal ini kerana, pada ikan, dan ayam terdapat lendir-lendir yang sukar kita bersihkan jika tidak menggunakan tips ini.

Pertama sekali, basuh ikan/ayam sehingga bersih, Kemudian, rendamkan ia sekejap dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung gandum. Basuh sebersihnya sehingga hilang segala lendir yang melekat. Lendir inilah yang menyebabkan minyak anda meletup-letup nanti semasa proses menggoreng.

Akhir sekali, bilas sekali lagi, dan ia sedia untuk dimasak. Selain tepung, anda juga boleh menggunakan asam jawa, limau nipis, atau limau kasturi ketika membersihkan ikan untuk menghilangkan bau hanyir.

3. Salut dengan tepung, dan kunyit

Tepung, dan kunyit adalah bahan perapan yang sangat mujarab untuk menghasilkan gorengan yang ranggup, dan tidak lemau. Dalam kata lain, anda akan mendapatkan tekstur ikan yang ranggup di luar, dan lembut di dalam.

Tidak perlu kuantiti yang banyak, hanya letakkan segenggam sahaja tepung beras/jagung, dan secubit serbuk kunyit pada permukaan ikan, kemudian gaul sehingga rata. Biarkan ia seketika untuk beberapa minit, agar bahan perapan tersebut sebati. Kemudian, barulah digoreng.

4. Minyak cukup banyak, dan panas

Bagaimana hendak memastikan kuali betul-betul panas? Nampak sahaja kuali mulai berasap, itu tandanya minyak anda memang sudah sangat panas.

5. Asam keping

Memasukkan asam keping adalah salah satu dari petua orang zaman dulu. Caranya, ketika kita sedang memanaskan minyak untuk menggoreng, letakkan satu atau dua keping asam keping ke dalam kuali. Selepas itu, barulah masukkan ikan pula. Asam keping ini boleh dikeluarkan atau dibiarkan sahaja mengikut kehendak anda.

6. Bungkus dengan daun pisang

Ikan bakar yang kita beli dikedai selalunya akan dibungkus bersama daun pisang. Pernah atau tidak anda fikir mengapa tukang masak itu membalut daun pisang bersama ikan?

Daun pisang selain memberi fungsi baunya yang harum, ia juga dapat membantu menghasilkan proses gorengan yang sempurna, dan rata pada semua bahagian ikan khususnya ikan yang bersaiz besar seperti ikan caru, ikan pari, dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. Bungkuskan ikan dengan daun pisang yang sudah dibersihkan. Kemudian, goreng ia dalam minyak panas, atau bakar mengikut kaedah masak yang anda mahu. Kegunaan daun pisang selain mampu untuk menyerap haba panas, ia juga boleh mencegah ikan dari meletup.

7. Ikan masak dengan sempurna

Terbalikkan sana, terbalikkan sini. Pening lama-lama ikan dalam kuali anda tadi. Hasilnya, anda mendapatkan ikan yang sudah hancur untuk dihidangkan.

Tips untuk anda agar ikan tidak melekat adalah terbalikkan ikan apabila bahagian yang terkena minyak panas itu sudah masak dengan sempurna. Bagaimana caranya? Pastikan ia kelihatan kekuning-kuningan, dan ranggup apabila dilihat.

8. Bawang putih

Sebelum menggoreng ikan, kita boleh goreng dahulu bawang putih untuk mengelakkan ikan dari melekat. Ini adalah petua orang lama yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Selain bawang putih, anda juga boleh mengantikannya dengan halia atau kulit bawang kerana ia memberikan kesan yang sama.

9. Kawal api kuali

Pastikan ketika menggoreng ikan, api mestilah besar, dan kuat. Namun begitu, sekiranya minyak terlalu panas, kecikkan sedikit, dan kemudian besarkan semula untuk memastikan ikan dapat masak dengan sempurna.

Kawalan api adalah sangat penting kerana ia akan menentukan tempoh masa ikan tersebut masak. Ingat, ikan tidak boleh digoreng terlalu lama kerana ia nantinya akan menyebabkan tekstur ikan berubah, tidak sedap, dan keras isinya.

10. Kelar bahagian-bahagian ikan

Jika daging untuk memudahkan ia cepat empuk, kita perlu memotong dengan potongan yang tepat iaitu melintang urat. Sebaliknya bagi ikan, ia perlu dikelar terlebih dahulu khususnya kepada ikan-ikan yang bersaiz besar. Ini bagi memastikan yang cepat masak, dan hasilnya cantik.

Memasak bukanlah suatu perkara yang sukar sekiranya kita minat, dan mempunyai teknik-teknik yang memudahkan kita ketika di dapur. Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda perkongsian yang bermanfaat untuk seisi keluarga.

Sumber: Sirap Limau

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.