Connect with us

Keluarga

Sampai Waktu Nanti, Ibu Ayah Tinggal Bersendirian! Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan

Avatar of kidin

Published

on

Sampai Waktu Nanti Ibu Ayah Tinggal Bersendirian Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan

Sampai Waktu Nanti, Ibu Ayah Tinggal Bersendirian! Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan.

Selagi mampu bahagiakan mereka. Andai berjauhan, tanyalah khabar berita setiap hari. Ambil tahu, mak ayah tiada pengganti.

Andai ditakdirkan mereka pergi dulu. Segala-galanya hanya tinggal kenangan. Tak usah meratap, tak usah kecewa. Kerana, dimasa ada kamu lupakan mereka. Ingatlah kifarah itu ada. Jadilah anak2 yang bertanggungjawab dan menghargai jasa mak ayah. Ketahuilah, hari2 mereka dulu dipenuhi dengan ucapan doa agar kita hidup senang dan bahagia.

Tetapi sebaliknya, kita lupa pada mereka. Kita sibuk dengan urusan kita sehingga kita lupa yang mereka masih perlukan kita. Mereka rindu,tapi apakan daya. Hanya doa pengutus rindu dari kejauhan. Akhirnya bila tiba masa mereka dijemput sang pencipta.Jangan pula kamu menangis hiba, tiada guna. Masa tak akan kembali kepada masa lalu.

Sesungguhnya suatu hari nanti, kenangan-kenangan yang dicipta hari ini akan subur dalam ingatan.

Sampai Waktunya Nanti

Kongsi Ustaz Firdaus Mokthar, hari inilah anak-anak hendak panjat badan kita pun. Sesugguhnya, hari ini lah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Dan hari ini lah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.

Hari ini lah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Juga hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Hari ini lah anak-anak nak kita main kejar-kejar dengan dia.

Malah, hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Hari inilah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.

Ibu Dan Ayah Tinggal Bersendiria

Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.

Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan.

Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar-kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.

Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan

Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah. Luangkan masa bermain bersama anak-anak, belikan apa yang anak suka seperti Upin Ipin. Mesti anak-anak teruja bila mak ayah layani anak-anak bercerita dengan Upin Ipin.

Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Selagi ada.

Majalah ilmu : Oleh itu, jangan kamu lupa siapa diri kamu. Tanpa mak ayah tiadalah kamu hari ini. Hargailah mereka selagi ada. Dan anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada setiap mak, ayah. Hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka memerlukan mak, ayah.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.