Connect with us

AGAMA

Penjelasan Tentang Hukum Minum Minuman Halal Yang Diletak Dalam Peti Sejuk Sama Tempatkan Arak

Published

on

Penjelasan Tentang Hukum Minum Minuman Halal Yang Diletak Dalam Peti Sejuk Sama Tempatkan Arak

Penjelasan Tentang Hukum Minum Minuman Halal Yang Diletak Dalam Peti Sejuk Sama Tempatkan Arak

Selalu pergi ke super market untuk membeli tidak terlepas dari beli minuman. Kadangkala niat untuk membeli minuman di kedai atau pasar raya terbantut begitu sahaja.

Apatah lagi melihat minuman yang diingini itu diletakkan dalam peti sejuk yang sama dengan minuman tidak halal seperti arak. Apa yang membezakannya hanyalah rak atas atau bawah

Walaupun hati meronta-ronta inginkan air itu, namun dari satu sudut yang lain, entah mengapa timbul pula rasa waswas dalam diri untuk membeli, apalagi meminumnya.

Disebabkan itulah kadang-kadang ada segelintir orang lebih suka memilih air yang disusun di rak-rak jualan. Tidak mengapalah jika air itu tidak sejuk sepertimana ia disimpan di dalam peti ais, asalkan diri sendiri yakin untuk meminumnya.

Dalam keadaan ini, sebenarnya bolehkah kita membeli dan minum minuman tin, kotak atau botol yang halal tetapi berkongsi peti sejuk yang sama dengan air arak?

Apakah ada unsur syubhah di situ?

Menjawab persoalan itu, Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia yang juga pendakwah selebriti, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata, syubhah itu hadir apabila kita dibelenggu dengan rasa waswas.

Untitled design 2021 01 21T172447.006

“Ya, memang perkara ini sering kali terjadi dalam kehidupan seharian kita.

“Apabila kita ke pasar raya dan melihat minuman halal itu terletak bersebelahan dengan arak, sebenarnya tiada masalah untuk kita mengambil minuman yang sudah pastinya halal.

“Dalam hal ini, ia tiada unsur syubhah. Kita dibolehkan mengambil minuman tersebut dan meminumnya,” katanya.

Namun begitu, jelas beliau, seandainya ada unsur-unsur lain misalnya, minuman itu diletakkan dengan kedudukan yang dibezakan oleh rak di atas dan di bawah.

“Jika kemungkinan botol arak itu bocor dan titisan air tadi kena pula pada air kotak di bawahnya, maka jelas ada unsur syubhah di situ.

“Ini kerana kotak itu diperbuat daripada kertas yang bersifat menyerap. Jika beginilah keadaannya, maka tidak dibolehkan untuk kita membeli air kotak halal tadi dan meminumnya,” tegasnya.

Justeru, jika kita tidak nampak nyata unsur-unsur yang jelas ada syubhah di situ, tidak salah untuk kita membeli air kotak, tin atau air botol dalam peti sejuk kedai yang turut menempatkan air arak bersama di dalamnya.

Majalah ilmu: Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menambah ilmu kepada kita semua tentang hukum dalam islam supaya kita tidak sesat dalam kehidupan kita. Semoga bermanfaat buat anda.

Sumber: Sinarplus 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.