AGAMA
Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA

Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA
Dalam kitab النفحات المكية في الفوائد الفقهية menyebutkan bahawa alam yg wujudnya matahari bulan ini adalah satu nikmat dari Allah.
1-Apabila berlakunya gerhana, ia sebagai satu surat dari Allah bahawa nikmat tersebut akan berakhir jika tidak disertai dengan syukur.
2-Gerhana matahari berlaku 2x pada zaman baginda Nabi. Salah satunya bertepatan dengan hari kematian anak baginda Saidina Ibrahim. Apa saranan Nabi:
فافزعوا إلى الصلاة
((Bersegeralah untuk solat))
Bersegeralah bina hubungan dengan Allah semula..bertaubatlah..itulah makna tersiratnya
3- APAKAH HIKMAH BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI
- Berkata Ibnul Imad: “Menakutkan hamba-hamba kerana cahaya matahari ditahan. Untuk semua kembali taat kepada Allah. Ini kerana apabila nikmat ini disekat, maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan terhasil proses penuaian.
- Juga dikatakan .Sebabnya kerana tajalli (menampakkan keagungan) Allah ke atas sesuatu melainkan akan tunduk seperti bukit yang tunduk (dalam kisah Nabi Musa minta untuk melihat Allah)
- Dalam kitab حكمة التشريع والفلسفة oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jurjawi Rahimahullah : Apabila pergerakan bulan matahari ini tersekat, maka akan berlakulah mudarat atau akan hancurlah manusia atau akan cacatlah sistem kehidupan manusia.
APA YANG PERLU KITA BUAT
- Perbanyakkan doa dan merintih kepada Allah terhadap ujian yang menimpa khususnya keatas kaum muslimin
- Tunduk dan takutlah kepada Allah
- Panjangkan solat sehingga hilang peristiwa gerhana
KENAPA PERLU MERINTIH dan SOLAT
Ia sebagai salah satu langkah tawasul kepada Allah agar memelihara kita dari terkena sesuatu yang tidak disukai dan menolak segala kemudaratan.
Kita menzahirkan segala kehinaan dan tunduk diri kepada Allah dan menambahkan keyakinan bahawa Allah jualah yang berkehendak apa yang DIA mahu.
Wallahualam.
Suntingan dari kitab النفحات المكية dan حكمة التشريع
Catatan kampung: Abu Abbas Sidqi
Seksyen 24 Shah Alam
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.