Kisah
Gara-gara Tidak Percaya Memperolehi Markah Penuh Ujian Lisan, Anak Aziz Desa Pernah ‘Diheret’ Ke PPD Bagi Melakukan Ulangan Ujian Tersebut
Gara-gara Tidak Percaya Memperolehi Markah Penuh Ujian Lisan, Anak Aziz Desa Pernah ‘Diheret’ Ke PPD Bagi Melakukan Ulangan Ujian Tersebut
Kepetahan bicara Allahyarham Aziz Desa tidak akan luput dari ingatan para penonton televisyen terutamanya dari era 90-an. Bakat yang sama juga dimiliki oleh anak sulungnya Mas Zharif Zafri dan anak bongsunya Mas Zhiddin Zhiddan, mengikut jejak langkah arwah ayah mereka di dalam bidang penyiaran.
Baru-baru ini menerusi aplikasi TikTok, Mas Zhiddin Zhiddan berkongsi tip kepada calon SPM menjelang ujian lisan sambil mengimbau kembali zaman persekolahnnya suatu masa dahulu.
Ujarnya gara-gara tidak percaya memperolehi markah penuh, dia terpaksa ‘diheret’ ke PPD bagi melakukan ulangan ujian tersebut.
Terbukti hasilnya, markah Zhiddin kekal kerana tiada bantahan daripada dua pegawai yang mengujinya.
klik zhiddinazizz VIDEO tik tok
Kongsi Formula
Sehubungan dengan itu, dia ingin berkongsi rahsia untuk pelajar SPM senang memperolehi markah penuh iaitu dengan menyelitkan peribahasa atau kata-kata pujangga dalam pertuturan.
Turut dikongsikan rakaman video menunjukkan contoh kata pujangga yang digunakan olehnya dalam kerjaya wartawan sukan.
Anak Aziz Desa. Patut laa. Lagenda dalam dunia penyiaran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan butir bicaranya yang cukup berpunjangga. Malah ramai juga yang terhibur mendengar pantun akhir di klip video tersebut.
Sumber : zhiddinazizz
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.