Connect with us

SEMASA

Filipina Diuji Taufan Rai Berkelajuan 165 KM Sejam, Angka Korban Meningkat Kepada 208 Orang Manakala Lebih 50 Lagi Masih Hilang

Published

on

dfghj 4

Filipina Diuji Taufan Rai Berkelajuan 165 KM Sejam, Angka Korban Meningkat Kepada 208 Orang Manakala Lebih 50 Lagi Masih Hilang

Seluruh alam semesta dan cakerawala adalah milik Allah SWT. Hari ini alam terus menangis dan ia satu ingatan bahawa sudah terlalu banyak kemungkaran terjadi di atas muka bumi.

Allah SWT berfirman: “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11).

Jika Malaysia menerima tempias ekor Taufan Rai, negara jiran Filipina diuji dengan “kepalanya” apabila negara itu rebah menunduk bumi saat taufan terkuat itu melanda negara mereka, sama pada hari negara kita diuji dengan banjir kilat.

422995

422994

422992

Difahamkan, angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina.

Sebilangan besar korban dilaporkan di wilayah Visayas Tengah (129 maut), diikuti Visayas Barat dengan 22 kematian,lapor The Manila Bulletin pada Ahad, memetik jurucakap Polis Filipina (PNP), Kol Rhoderick Augustus Alba.

Menurut akhbar itu, kematian akibat taufan turut dilaporkan di wilayah Filipina Caraga (10), Mindanao Utara (tujuh) dan Zamboanga (satu).

Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina.

Menurut pihak berkuasa banjir, lebih 332,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Rai melanda Filipina pada 16 Disember yang menyaksikan empat nyawa turut terkorban..

Dalam pada itu, beribu-ribu orang di Filipina meninggalkan kediaman mereka dan resort tepi pantai ketika taufan kuat menghentam kepulauan berkenaan semalam dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang dan hujan lebat.

422996

422997

Taufan Rai membawa angin kuat selaju 165 kilometer sejam ketika membadai bahagian tengah dan selatan Filipina, kata agensi meteorologi negara itu.

Agensi berkenaan memberi amaran kekuatan angin Taufan Rai boleh meningkat kepada 195 kilometer sejam beberapa jam sebelum ribut tiba di daratan dekat destinasi pelancongan popular, Pulau Siaragao tengah hari semalam.

“Angin taufan pemusnah ini diramal membawa hujan sederhana hingga lebat yang boleh memusnahkan struktur dan tanaman,” tambahnya.

Lebih 45,000 orang mencari tempat berlindung ketika ribut itu bergerak melintasi Lautan Pasifik.

Mereka termasuk pelancong domestik yang melawat pantai-pantai dan lokasi selaman popular di Filipina menjelang cuti Hari Krismas. Pelancong asing masih dilarang daripada memasuki negara itu di bawah sekatan Covid-19.

Sumber : Bernama / Kosmo

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.