SEMASA
Tanpa Menunggu Sebarang Arahan Daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Tentera Nekad Turun Sendiri Bantu Mngsa Banjir
Tanpa Menunggu Sebarang Arahan Daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Tentera Nekad Turun Sendiri Bantu Mngsa Banjir
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat bagi membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang. Mereka pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.
Kerajaan negeri Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera, katanya. Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir terperangkap. ATM mula bertindak pada Jumaat untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
“Sampai suatu tahap, di mana kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA. “Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya. ATM mula bertindak pada Jumaat untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
ATM mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat. Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi berhubung situasi di Klang.
Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor. Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta, berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.
Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”. Ia juga mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada mangsa.
Katanya, pihak MINDEF “menjerit” kepada kakitangan NADMA, dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.
“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, ATM dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.
Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.
Sumber : Gemilang Daily
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah