SEMASA
“75 Tahun Usia Sekolah” Ebit Lew Ceramah Di Sekolah Sains Agama Thailand, 6000 Pelajar Tak Mampu Tahan Sebak Dengar Dakwah Beliau

“75 Tahun Usia Sekolah” Ebit Lew Ceramah Di Sekolah Sains Agama Thailand, 6000 Pelajar Tak Mampu Tahan Sebak Dengar Dakwah Beliau
Siapa yang tidak kenal dengan sepotong nama “Ebit Lew” yang menjadi perbualan ramai oleh kerana kesungguhan dakwahnya di merata dunia. Tidak hanya sebatas menyampaikan ceramah di Malaysia sahaja, dia turut berhijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk memastikan dakwahnya terus berkembang. Baru-baru ini, Ebit Lew ceramah di sekolah di antara yang tertua di negara Thailand. Ikuti perkongsiaan ini berikutnya.
6,000 pelajar sains Islam di Yala menangis bila Ebit Lew ceramah di sekolah
Thamavitya Mulniti School, Yala di Thailand adalah sekolah sains Islam yang terbesar sekali. Kapasiti sekolah tersebut boleh memuatkan sehingga 6,000 pelajar dalam satu-satu masa iaitu lebih kurang 3 kali ganda dari kapasiti sekolah di Malaysia. Nama sekolah ini juga terkenal digelar sebagai Sekolah Hj Haroon, iaitu nama yang diambil sempena dengan nama pengasasnya.
Menurutnya, sekolah tersebut sudah berusia 75 tahun, dan telah diwarisi oleh beberapa generasi sehingga kini Ustaz Adnan mewarisinya dari keluarga. Menerusi gambar-gambar yang sempat dirakam, kelihatan pelajar seramai 6,000 orang itu begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan di dataran terbuka yang memisahkan di sebelah kiri pelajar lelaki manakala di sebelah kanan pelajar perempuan.
Wajah adik-adik pelajar yang bersih dan air mukanya tampak soleh-solehah. Ramai yang tidak mampu menahan sebak sepanjang ceramah itu berlangsung lalu akhirnya menangis dan memeluk rakan masing-masing.
Benar kata orang, kata-kata yang ikhlas di sampaikan dari hati apabila didengar oleh, orang maka ia akan terus menusuk di hati mereka. Dengan izin Allah, melembutkan hati yang keras kembali taat dan mentaati Allah. Lantas menjadi hamba yang disayangi oleh Nya.
Dunia ini penuh dengan orang baik, jika kamu tidak dapat menemukannya maka jadilah salah satunya
Kata-kata yang disampaikan oleh Ebit Lew ini penuh dengan makna tersurat dan tersirat. Mengajar kita untuk mempercayai dan yakin bahawa dalam dunia yang penuh kejahatan ini, masih ada lagi tersisa orang yang baik dan soleh. Namun yang pasti kita sukar menemukannya kerana mereka yang baik lebih sedikit dari mereka yang jahat.
Oleh yang demikian, jadilah kita salah satu daripadanya. Menjadi manusia yang baik dan berguna untuk manusia lain. Sama ada kita menjadi hamba Nya yang soleh atau derhaka ia bukanlah takdir, tetapi pilihan yang kita sendiri buat. Kembalilah kepada jalan Allah, kerana Allah tidak akan pernah menghampakan hamba Nya.
Video ceramah lengkap Ustaz Ebit Lew di Yala, Thailand
Diharapkan dengan usaha Ebit Lew ceramah di sekolah ini dapat memberikan banyak lagi inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Kita doakan ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa dipermudahkan perjalanan dakwahnya untuk mengembangkan agama Islam. Syurga itu tidak mudah untuk dimiliki, tetapi tidak mustahil untuk didapatkan. Untuk mendapatkannya, keperitan dan ujian silih berganti perlu kita tempuhi di dunia sebelum peroleh bahagia di akhirat.
Sumber: Instagram Ebit Lew, Chory Channel
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah

















