Connect with us

Kisah

Dulu Pernah Dipandang Rendah Dan Diku’tuk Kerana Hanya Berniaga Di Pasar Malam Dan Pakai Perodua Kancil, Sekarang Sudah Mampu Pakai Vellfire, Hasil Perniagaan Tempoyak Secara Dalam Talian

Avatar of kidin

Published

on

dwifggweigu

Dulu Pernah Dipandang Rendah Dan Diku’tuk Kerana Hanya Berniaga Di Pasar Malam Dan Pakai Perodua Kancil, Sekarang Sudah Mampu Pakai Vellfire, Hasil Perniagaan Tempoyak Secara Dalam Talian

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak buat peniaga pasar malam ini. Enggan terus bersedih dengan nasib yang menimpa. Setelah bertahun lamanya berniaga air balang di pasar malam. Pada tahun lalu pasangan itu memulakan perniagaan tempoyak secara dalam talian.

Rezeki ternyata menyebelahi sehingga si isteri hingga mampu menghadiahkan sebuah trak pikap Ford Ranger kepada suaminya. Bercerita kepada mStar, ibu kepada seorang cahaya mata yang mesra disapa Azie ini sempat memperincikan semula kisah perjalanan suka-duka mereka selama ini.

1084473

Azie sekeluarga.

“Kami dah 12 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan berusia 11 tahun. Dulu saya pernah kerja sebagai kerani, kemudiannya saya berniaga di pasar malam.

“Saya dan suami sama-sama berniaga air balang. Kami juga pernah berniaga pakaian wanita. Kemudian kami tak boleh berniaga disebabkan PKP, jadi saya dapat idea untuk berniaga secara dalam talian.

“Masa PKP saya berniaga pelitup muka, cecair sanitasi makanan, ambil upah jadi runner, ambil upah jual laksa. Kemudian kami jual tempoyak yang ada empat perisa dengan sambal bilis petai secara dalam talian,” ujarnya.

Menurut Azie, hasil perniagaan tempoyak membolehkan dia membeli sebuah kereta Toyota Vellfire baru-baru ini sebelum membeli sebuah lagi trak pikap buat suaminya.

“Mula-mula kahwin kami naik motor. Kemudian beli Perodua Kancil. Ada duit sikit, kami beli Perodua Myvi.

1084474

Azie dan suaminya sebelum ini pernah berniaga air balang di pasar malam.

“Ford Ranger tu memang idaman suami. Saya beli dengan duit hasil jual tempoyak sejak tahun lalu. Ia juga memudahkan urusan kami untuk berniaga.

“Sebelum itu saya ada beli Vellfire untuk keselesaan keluarga dan ibu bapa saya,” dedahnya lagi.

Kata Azie, dia juga pernah dipandang rendah kerana berniaga pasar malam dan menaiki kenderaan biasa-biasa sahaja, suatu masa lalu.

“Masa naik Kancil dulu saya pernah dihina. Perjalanan saya memang jauh. Pernah juga dipandang rendah kerana berniaga pasar malam.

“Saya tak pernah malu berniaga pasar malam. Ia periuk nasi saya. Kini, kami juga membuka peluang kepada netizen yang nak jana pendapatan sampingan, boleh sertai kami untuk berniaga tempoyak,” ujarnya.

1084472

Tempoyak keluaran pasangan itu turut dihantar ke luar negara.

Selain dijual di seluruh Malaysia, tempoyak keluaran pasangan itu turut dihantar ke Perancis, Jepun dan Itali.

“Sekarang dah masuk pasaran Singapura. Ada rakyat Malaysia yang beli dari Itali, Jepun dan Perancis. Siap ada yang ambil gambar tempoyak kami dengan salji.

“Askar-askar Malaysia yang pergi ke Lubnan pun ada beli dengan kami,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video Azie yang menghadiahkan Ford Ranger buat suaminya turut tular.

Ia sehingga kini meraih lebih 55,000 tontonan di TikTok.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU