Connect with us

Kisah

Dipercayai Untuk Ilmu Kebal, Pencuri Disyaki Menggali Kvbur Dan Mencuri Tali Kain Kafan Yang Ada Pada Jen4zah

Published

on

HBESRJ

Dipercayai Untuk Ilmu Kebal, Pencuri Disyaki Menggali Kvbur Dan Mencuri Tali Kain Kafan Yang Ada Pada Jen4zah

Penduduk di Sidoarjo, Jawa Timur, digemparkan dengan satu kes kecurian aneh yang berlaku di tanah perkvburan. Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa, penduduk menyedari bahawa sebuah kvbur telah digali dan dirosakkan.

Sekumpulan pencuri disyaki telah menggali kvbur dan mencuri tali kain kafan yang ada pada jen4zah.

Difahamkan, kejadian yang mengerikan itu berlaku di kompleks perkuburan awam di Desa/Kecamatan Tulangan, Sidoarjo.

“Kejadian berlaku pada awal pagi,” kata seorang penduduk setempat, Agus.

Selepas berita mengenai kvbur itu tersebar, beberapa orang penduduk yang lain turut datang ke lokasi termasuk penjaga kvbur untuk meninjau keadaan di situ.

Mereka mendakwa bahawa pelaku sengaja mencuri tali kain k4fan yang diikat pada jen4zah yang baru mening’gal dunia pada Malam Jumaat. (dianggap sebagai malam yang istimewa dan penuh keramat).

Tali kain kafan daripada jen4zah yang mening’gal dunia pada malam itu dipercayai boleh menguatkan kekebalan dan kesaktian seseorang, lapor Tribun News.

Malah, perkara itu sebenarnya sudah dijangka dan kvbur tersebut sering dijaga sejak jen4zah itu dikebumikan pada malam Jumaat lalu kerana dibimbangi ada yang berbuat jahat di sana.

Bagaimanapun, pelaku pandai mencari peluang dan melancarkan strategi untuk mencuri tali kain kafan tersebut di dalam kvbur.

“Pagi tadi kvbur telah digali dan selepas diperiksa kedua-dua tali kain kafan telah hilang,” kata seorang penduduk.

Selepas kejadian itu, tali tersebut telah diganti yang baharu dan kvbur telah dibaiki dan dikemas semula.

Sumber: Tribun News

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.