Connect with us

Jawatan Kosong

Dengan “Trick” Mudah Ini Seorang Ibu Berjaya Kumpul Duit Anak RM12,000 Dalam Setahun

Published

on

uhffjhf

Dengan “Trick” Mudah Ini Seorang Ibu Berjaya Kumpul Duit Anak RM12,000 Dalam Setahun

Dengan RM20 sehari kalau komited menyimpan, wang tersebut boleh berganda sampai berbelas ribu. Ibu Aminahtul Marrdiah sudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya.

Cara Simpan DUIT untuk anak dalam masa 1 Tahun

Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.

1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.

2. Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.

Screenshot 2021 06 02 at 11.15.18 AM

3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!

4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.

5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.

Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terk0rban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.

Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!

Screenshot 2021 06 02 at 11.15.25 AM

Kenapa RM20?

1. Lebih senang nampak

Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!

2. Paksa Diri Suami Isteri

Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.

Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!

Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.

3. Terjamin jumlah simpanan

Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.

Screenshot 2021 06 02 at 11.15.33 AM

Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.

Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.

Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?

Sumber: Aminahtul Marrdiah

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawatan Kosong

Tragis Jam 2.30 Pagi: Pempengaruh TikTok Athira Auni Pergi Selamanya Selepas Dilanggar Pelumba Haram

Published

on

Tragis Jam 2.30 Pagi Pempengaruh TikTok Athira Auni Pergi Selamanya Selepas Dilanggar Pelumba Haram 1

Dihentam Pelumba Haram 2.30 Pagi, Pempengaruh TikTok Athira Auni Meninggal Dunia

Ruangan media sosial TikTok sejak semalam diselubungi rasa pilu susulan pemergian mengejut seorang pempengaruh muda, Nurul Athira Auni Binti Mohd Hafizzan, yang terlibat dalam satu kemalangan tragis di Kuantan, Pahang.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2.30 pagi, apabila sekumpulan remaja lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan. Berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh sahabat terdekat mangsa, mereka ketika itu dalam perjalanan pulang ke Tanjung Lumpur.

Menurut rakan tersebut, Athira Auni yang menunggang motosikal seorang diri sempat meminta rakannya merakam video dirinya di atas jalan. Namun, tidak lama selepas itu, satu dentuman kuat kedengaran dari arah belakang. Gadis berusia 21 tahun itu kemudiannya dilihat terseret beberapa meter sebelum tergolek ke kawasan rumput di tepi jalan.

Dihentam Pelumba Haram 2.30 Pagi Pempengaruh TikTok Athira Auni Meninggal Dunia 3

Sahabat mangsa segera meluru ke arahnya untuk memeriksa keadaan Athira. Ketika itu, dia mendakwa tangan Allahyarhamah masih bergerak. Namun suasana menjadi semakin hiba apabila pihak polis yang tiba di lokasi memaklumkan keadaan sebenar.

“Minta maaflah, tangan dia dah sejuk… awak kena banyak bersabar,” kata anggota polis kepada rakan mangsa.

Dihentam Pelumba Haram 2.30 Pagi Pempengaruh TikTok Athira Auni Meninggal Dunia

Menurut saksi, dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku apabila melihat pihak berkuasa menutup jasad Athira dengan kain di lokasi kejadian.

Dihentam Pelumba Haram 2.30 Pagi Pempengaruh TikTok Athira Auni Meninggal Dunia 2

Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang pemuda yang dipercayai terlibat dalam nahas tersebut didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang merupakan penuntut politeknik kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Video:<

@denikiqm5rz al fatihah athira auni taurus . moga arwah dikalangan orang beriman . cerita dari saksi mata arwah semasa kejadian 😔 #auni #alfatihah #kemalanganjalanraya ♬ Bintang – Budak Kaca Mata

/p>

Kredit: TikTok denikiqm5rz & Buletin TV3

Continue Reading

Jawatan Kosong

“Saya Hanya Bergurau…” – Inkues Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual Sebulan Lepas Masuk Asrama

Published

on

Inkues Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan

“Saya Hanya Bergurau…” – Inkues Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual Sebulan Lepas Masuk Asrama

Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir, terus membuka sisi baharu apabila Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa arwah pernah membuat aduan gangguan seksual ketika di asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.

Menurut Penolong Ketua Guru Disiplin, Nurul Syahadah Ibrahim, pihak disiplin menerima aduan itu pada 14 Mac, kira-kira sebulan selepas Zara mendaftar.

3262264 768x515 5

Zara mendakwa seorang pelajar Tingkatan 2 menghidu bahagian sulitnya ketika dia sedang tidur. Namun hasil siasatan, pelajar itu menafikan dan mendakwa dia hanya menghidu selimut yang dipakai Zara sebelum membawanya untuk dicuci.

“Selepas temu bual dan ambil keterangan semua yang terlibat, kami dapati ia salah faham. Pelajar itu kata dia bergurau,” katanya — malah saksi mengesahkan beliau sendiri menyuruh pelajar berkenaan buat demonstrasi, dan percaya apa yang ditunjukkan.

Peguam Ram Singh kemudian bertanya sama ada unit disiplin mempercayai aduan Zara. Menurut saksi, mereka perlukan keterangan tambahan kerana Zara dikatakan tidur ketika kejadian.

zara123

Inkues turut menyentuh dakwaan seorang senior dikenali sebagai “Kak M” yang pernah berkata; “Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni.” Namun saksi menjelaskan ia berlaku selepas Zara dan seorang rakan didakwa mengejek adik Kak M sebagai “chipsmore”.

Saksi juga mengesahkan kumpulan pelajar dikenali “Circle 19” masih wujud dan ada menggunakan bahasa kasar, namun mereka dilarang berpuak.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, peguam Ram Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sendiri akan membuat laporan polis terhadap kumpulan itu demi mengelakkan insiden sebegini berulang.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya awal pagi 16 Julai.

sumber:bernama

Continue Reading

Jawatan Kosong

Peluang Pekerjaan MARA 2024: Permohonan Dibuka Sekarang

Published

on

Peluang Pekerjaan MARA 2024

Peluang Pekerjaan MARA 2024: Peluang pekerjaan di MARA bagi tahun 2024 kini dibuka. Ketahui syarat kelayakan dan cara memohon. Jangan lepaskan peluang ini.

Kenapa anda pilih MARA Sebagai Destinasi Kerjaya?

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), terus komited dalam pembangunan modal insan yang berkualiti dan membuka Peluang Pekerjaan MARA 2024. Jika anda seorang warganegara Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan mempunyai keperibadian cemerlang, Peluang Pekerjaan MARA 2024 ini adalah untuk anda. MARA kini membuka peluang kerjaya untuk pelbagai skim perkhidmatan di seluruh pusat pentadbiran MARA di Malaysia.

Peluang Pekerjaan MARA 2024 :

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41)
  2. PENJAGA JENTERA ELETRIK (GRED J19)
  3. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) (Hanya untuk calon yang memiliki lesen PSV bas BTM > 7500kg sahaja)

Peluang Pekerjaan MARA 2024

RUJUK IKLAN PENUH Peluang Pekerjaan MARA 2024 : (DI SINI

Syarat Umum Permohonan Jawatan di MARA

Untuk memohon jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda perlu memenuhi beberapa syarat utama yang ditetapkan. Berikut adalah syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi:

  1. Warganegara Malaysia: Calon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Umur: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan Bahasa Melayu:
  • Jawatan 1 dan 2: Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Jawatan 3: Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pegawai Undang-Undang Gred L41

Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00

Sijil Amalan Guaman.

  • Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00

Barrister-at-law-England.

  • Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00

Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.

  • Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00

Kenaikan Pangkat

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat berikut:

  1. Mempunyai kelayakan yang dinyatakan di atas.
  2. Had umur pelantikan:
  • Kurang dari 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  • Kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  • Kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji permulaan: Gred J19 mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
  • A0 / A1 = RM1,435.12
  • A4-2 / A4-1 / A4 = RM1,493.24
  • B0-2 / B0-1 / B0 / B1 / B4 = RM1,551.36

Kenaikan Pangkat

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu / Operator Jentera Pemunggah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat berikut:

Mempunyai kelayakan yang dinyatakan di atas.

  1. Had umur pelantikan:
  • Kurang dari 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  • Kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  • Kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Pemandu Kenderaan Gred H11

Kelayakan Akademik

  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)).
  3. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  4. Gaji permulaan: Gred H11 mengikut Kelas Lesen Memandu:
  • Lesen D: RM1,264.15
  • Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
  • Lesen F/H: RM1,356.45
  • Lesen G/I: RM1,402.60

Proses Permohonan dan Pelaksanaan

Pemohon yang ingin memasuki perkhidmatan jawatan di atas hendaklah mematuhi syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Berikut adalah proses permohonan:

Permohonan Dalam Talian: Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MARA di www.mara.gov.my atau melalui media sosial rasmi MARA (Facebook, Instagram, Twitter).

Syarat-syarat Permohonan:

  1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
  2. Permohonan hendaklah berdasarkan kelayakan yang dimiliki dan tepat dengan bidang yang diiklankan.
  3. Permohonan yang lewat atau tidak mematuhi syarat akan ditolak.
  4. Pengesahan Maklumat: Maklumat yang diberikan dalam borang permohonan akan disemak secara terperinci pada hari temu duga. Permohonan akan terbatal jika didapati maklumat yang diberikan adalah salah atau tidak benar.
  5. Saringan dan Temu Duga: Semua permohonan akan ditapis dan disaring berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hanya pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
  6. Semakan Kelayakan: Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia di www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 31 Julai 2024. Pemohon yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Hubungi Kami :

Pengarah
Bahagian Sumber Manusia MARA
Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Peluang Pekerjaan MARA 2024

Sumber : pexels

Jom Peluang Pekerjaan MARA 2024 dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar yang komited dalam memperkasakan masyarakat. Amanah Rakyat.

 

 

 

 

 

Continue Reading

Trending