Resepi Viral
Chicken Chop Blackpepper Sauce Mudah, Bersama Resepi Mashed Potato Gebu Ala KFC

Chicken Chop Blackpepper Sauce Mudah, Bersama Resepi Mashed Potato Gebu Ala KFC
Nak keluar beli makan malas tapi rajin pula nak masak kat rumah. teringin nak masak western. Nak sediakan hidangan western tak semestinya kena sempurna macam di kafe kan? Kata empunya resepi, Nik Nur Zakia resepi western kampung style ini memang tidak sukar pun untuk disediakan.
Dan lebih istimewa jelasnya, Mashed Potato diinspirasi ala KFC.
Jadi jom ikuti cara satu persatu penyediaan Chicken Chop Blackpepper Sauce.
Untuk coleslaw, guna kubis dan carrot sahaja. Potong memanjang untuk kobis dan potong dadu untuk carrot.
Selepas itu gaul sebati dengan mayonis. Masukkan sedikit susu segar dan garam secukup rasa. Masukkan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti ais. Jangan letak dalam freezer.
Selepas siap kopek kulit kentang, potong dadu. Masak sehingga empuk.
Bahan untuk membuat mashed potato ala KFC. Masukkan susu segar secukup rasa dan butter cup dua sudu.
Selepas itu basuh ayam bersih-bersih. Kemudian tumbuk halia, bawang putih dan lada hitam. Perasakan dengan garam dan lumur dan gaul semua bahan tadi. Perap sebentar.
Boleh gunakan apa sahaja jenis tepung untuk salut tepung.
Sebelum gaul, sediakan telur sebiji dan gaul dengan garam dan lada hitam. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung supaya dia melekat dan rangup. Celup ayam dalam telur selepas itu gaul dengan tepung.
Untuk gravy, sediakan sebiji bawang besar dan potong dadu. Panaskan minyak guna butter, masukkan bawang, masukkan lada hitam yang ditumbuk, masukkan sos tiram, sos cili, sos lada hitam dan kicap. Kemudian masukkan air secukupnya. Untuk pekat, masukkan tepung jagung.
Jika mahu lebih gelap, letak lebih kicap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika Sukakan artikal ini jangan lupa like dan kongsikan resspi ini. Selamat Mencuba, Jangan lupa like dan follow page Majalah ilmu.
Sumber : Facebook Nik Nur Zakia
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral9 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
AGAMA10 months ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.