Connect with us

Petua

Kentang Lembik Dan Rosak? Pelajari 5 Cara Simpan Kentang Dengan Berkesan.

Published

on

Cara Simpan Kentang

Kentang Lembik Dan Rosak? Pelajari 5 Cara Simpan Kentang Dengan Berkesan.

Selain bawang, kunyit dan halia, kentang juga merupakan salah satu bahan yang perlu ada di dapur. Keunikan kentang yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis juadah menjadikan kentang sebagai bahan yang sentiasa menjadi pilihan di dalam masakan harian. Bahkan, kentang juga turut dijadikan sebagai petua dalam membantu menyerap rasa masakan yang terlebih masin.

Harga kentang yang tidak begitu mahal menjadikan kita sebagai kaum hawa membeli kentang dalam jumlah kuantiti yang banyak. Namun, apa yang lebih menghampakan apabila kentang yang dibeli cepat lembik hingga menjadikan jangka hayatnya tidak tahan begitu lama. Keadaan ini menyebabkan kita berasa rugi dan membazir apabila salah satu bahan masakan ini mudah rosak.

Oleh yang demikian, sangat penting bagi kita untuk tahu cara penyimpanan kentang yang betul supaya
jangka hayatnya dapat dikekalkan lebih lama dan tetap segar.

Cara Simpan Kentang

Sumber: www.pexels.com

Cara Simpan Kentang

1) Simpan Dalam Bakul Bertapis

Kentang yang sudah dibeli dan diyakini masih keras dan elok, perlu disimpan di dalam bakul yang
bertapis. Lapikkan bahagian bawah bakul dengan lapisan surat khabar ataupun tisu kering.

2) Elak Simpan Kentang Berdekatan Buah-Buahan

Kentang akan lebih mudah rosak kesan bahan kimia yang terhasil daripada buah-buahan. Asingkan
bakul kentang dan buah-buahan di tempat yang berbeza.

3) Bersihkan Kulit Kentang

Gunakan berus kering untuk membersihkan kulit kentang. Elak daripada membasuh kulit kentang. Jika
kentang berada dalam keadaan lembab ketika dibeli, kentang perlu dijemur dan dikering dahulu.

4) Simpan Dalam Ruang Gelap

Tempat terbaik untuk menyimpan kentang adalah di dalam ruangan cabinet. Kentang lebih mudah rosak
apabila terdedah kepada cahaya terang dan keadaan yang berlembap.

5) Periksa Keadaan Kentang Secara Berkala

Walaupun kentang telah disimpan secara rapi, perlu bagi kita membuat pemeriksaan secara berkala
untuk memastikan keadaan kentang berada dalam keadaan elok. Jika didapati ada terdapat kentang
yang rosak, perlulah dibuang supaya kentang lain tidak rosak sama.

Artikel menarik : Dr Howard Tucker Kongsikan 5 Tips Nak Kekalkan Kualiti Minda – Siapa Beliau?

Apa pandangan anda dengan artikel Cara Simpan Kentang ini? Komen di bawah:

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.