KESIHATAN
Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon
Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon
Lemon, buah bersaiz kecil dan berwarna kuning mempunyai rasa yang masam tetapi banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Buah ini kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan vitamin B juga C. Jus lemon mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi, digunakan dalam perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih.
Bukan itu sahaja, minum air suam bersama lemon setiap pagi merupakan amalan kecantikan model antarabangsa Miranda Kerr dan juga selebriti tempatan seperti Scha Alyahya dan Fazura. Kedengaran agak baru, tetapi hakikatnya sudah diamalkan dalam ilmu perubatan Ayuverda sejak lima ribu tahun lalu. Tapi, apa agaknya khasiat menjadikan minum air lemon ini sebagai rutin?
1. Lemon mengandungi flavonoid, iaitu komposit yang mengandungi antioksidan dan sifat mela wan kanser.
2. Mampu membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam, masalah pencernaan dan juga memperbaiki masalah kulit, rambut dan gigi.
3. Lemon juga mengandungi asid sitrik yang berkesan dalam merawat jerawat. Sifat alkalinya mampu membu nuh beberapa jenis bakteria penyebab jerawat. Bagi yang mengalami masalah jerawat, anda boleh menyapu jus lemon pada jerawat dan biarkan semalaman. Lakukan sebelum anda tidur pada waktu malam.
4. Sifat antibakteria dan antivirus lemon boleh mempercepatkan proses penyembuhan dalam kes kan ker atau pengulseran terutama pada bibir atau lapisan rongga mulut. Jika anda mengalami masalah ini, kumurlah dengan perahan air lemon yang telah dicampuri air selama tiga kali sehari.
5. Apabila anda mengalami demam selesema, pengambilan lemon amatlah digalakkan. Luaran dan dalaman tubuh boleh mendapat kesannya. Apabila diminum, jus lemon menyediakan vitamin C yang diperlukan untuk mempertahankan sel-sel dalaman.
6. Lemon juga melawan virus pada membran mukus dalam hidung dan tekak. Jika anda rasa diri akan mengalami demam selesema, bolehlah meminum sebiji perahan buah lemon yang telah dicampurkan air suam setiap dua jam.
7. Lemon mampu membantu menyegarkan nafas yang berbau selepas makan atau nafas berbau yang disebabkan oleh air liur yang tidak mencukupi. Bagi memastikan nafas segar, kumurlah mulut anda beberapa kali sehari dengan perahan jus lemon yang telah dicampurkan dengan air suam. Mengunyah hirisan lemon selepas makan juga boleh membantu masalah nafas berbau.
8. Jika anda mende rita masalah kolesterol tinggi, ketahuilah pengambilan buah lemon amat bagus sekali. Ini kerana kuasa pektin serta kuasa perangsang metabolisme dan pengedaran darah yang terdapat dalam buah lemon mampu membantu merendahkan kolesterol.
9. Minumlah air perahan sebiji lemon yang telah dicampurkan dengan air suam selepas makan kerana asid buah lemon dikatakan mampu merangsang penghasilan asid perut dan aktiviti otot perut.
10. Jus lemon memiliki kesan alkali berkuasa dalam tubuh. Ini adalah agen semula jadi menentang asid berlebihan yang juga bertanggungjawab untuk rheumatism. Minumlah perahan sebiji buah lemon yang telah dicampur dengan air suam sebanyak 3 kali sehari. Jika anda mengalami sakit yang agak teruk, tambahkan kepada dua biji buah lemon sebanyak tiga kali sehari.
11. Air perahan buah lemon dikatakan boleh digunakan dalam rawatan penjagaan rambut. Sapukan perahan air lemon kepada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur, keguguran rambut dan masalah lain berkaitan rambut dan kulit kepala. Jika anda sapukan air perahan lemon terus pada rambut, ini boleh membuatkan rambut bersinar secara semula jadi.
12. Air perahan lemon boleh disapu pada parut terutamanya pada parut kulit terbakar. Ini kerana sebagai agen penyejuk, mampu mengurangkan rasa pedih pada kulit terutamanya jika kulit merengsa.
13. Selain itu, buah lemon juga sangat sesuai untuk melegakan pernafasan dan batuk berkahak kerana ia mampu untuk mencairkan kahak dan menghindar pengumpulan lendir pada rongga-rongga saluran pernafasan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. majalah ilmu
Sumber : myinfomaya
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.