Petua
Cara Mudah Rawat Resdung Dari Bahan Dapur Sahaja, Doktor Ini Kongsi 9 Tips Berguna
Cara Mudah Rawat Resdung Dari Bahan Dapur Sahaja, Doktor Ini Kongsi 9 Tips Berguna
Kerap atau tidak anda bersin setiap pagi? Atau merasakan ada sesuatu di dalam rongga hidung sehingga menyebabkan rasa tidak selesa? Berhati-hati, anda mungkin dijangkiti penyakit resdung. Dianggarkan sebanyak 60% rakyat Malaysia mengalami masalah resdung tetapi ramai yang tidak mahu ke ke klinik sebagai salah satu cara rawat resdung kerana menganggap itu hanyalah selsema biasa sahaja.
Apa itu resdung?
Resdung atau nama lainnya adalah sinusitis/sinus berlaku apabila kedudukan rongga kosong pada tengkorak kepala, tersumbat dan dipenuhi dengan lendiran kuning atau kuning kehijauan sehingga mengganggu saluran pernafasan, dan menyukarkan seseorang untuk bernafas.
Bukan penyakit biasa seperti kata ramai orang. Bahkan menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Kepala, dan Leher Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Kong Min Han, mengatakan bahawa resdung yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan jangkitan serius kepada penghidapnya.
Bagaimana resdung boleh berlaku?
Umumnya, kedudukan sinus akan sentiasa terbuka, dan memudahkan cecair untuk mengalir dengan lancar. Namun sekiranya, ia tersembut cecair akan mudah berkumpul sehingga menyebabkan pembiakan bakteria, virus dan kulat. Antara penyebab penyumbatan ini adalah seperti:
- Demam biasa
- Alahan
- Ketumbuhan dalam hidung seperti polip
- Kedudukan dinding antara dua lubang hidung yang tidak lurus
Simptom penyakit resdung
Kata pesakit resdung, azab, dan sengsara mereka berhadapan dengan resdung ini sangat menguji fizikal, dan emosi. Ia boleh berlaku dalam jangka masa yang sangat lama selama 2-4 minggu atau lebih daripada 12 minggu. Antara simptom seseorang itu memiliki penyakit resdung adalah seperti:
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selesema berpanjangan
- Demam
- Letih, dan lesu
- Hilang deria rasa, dan bau
Tips merawat resdung dari bahan-bahan dapur sahaja
Perkongsiaan ini dikongsikan oleh Dr. Noordin Darus. Menurutnya selain rawatan doktor untuk mengatasi masalah resdung, kita juga boleh mencuba untuk menggunakan kaedah dari bahan semula jadi yang mudah di dapatkan dari dapur sahaja.
1. Setiap awal pagi, kita boleh ambil sedikit garam bukit lalu dicalitkan dua kali pada lidah. Kemudian, minumlah air 2 hingga 5 liter sehari. Cara ini berfungsi untuk mencarikan lendir dalam hidung.
2. Gunakan tuala, dan rendamkan ia ke dalam air panas. Kemudian, letak di atas muka atau hidung anda. Biarkan ia seketika dalam beberapa minit. Kita digalakkan untuk buat 2 hingga 3 kali setiap kali rawatan.
3. Bagi pesakit resdung yang pernah menggunakan rawatan wap sauna. Anda boleh teruskan kaedah tersebut tetapi tambahkan beberaapa titisan minyak oregano ketika rawatan.
4. Minuman teh dengan campuran halia, cayenne pepper atau cili merah, dan madu dikatakan mampu menjadi salah satu dari rawatan alternatif resdung. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan cili merah dalam minuman itu kerana takut dengan rasa pedas atau sebagainya, boleh juga untuk mencampurkan secawan teh bersama halia sahaja.
Selain itu, bancuhan teh bersama kunyit, dan lada hitam juga bermanfaat serta memberi kesan yang serupa. Amalkan minuman ini setiap hari dengan cara menghirupnya perlahan-lahan. Pasti anda akan dapat lihat kesan positifnya.
5. Stim air lalu tutup kepala menggunakan kain tebal, tuala, atau selimut. Kemudian, tambahkan minyak oregano, dan pepermint. Sekiranya tiada, boleh gantikan ia dengan halia, dan kunyit. Bahan-bahan ini sangat berfungsi dalam memecahkan mokus tebal di sinus anda.
6. Dalam banyak-banyak cara, cara keenam ini agak tradisional sedikit tetapi memberikan kesan mujarab kepada pesakit resdung. Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. Hanya tumbuk daun pandan, dan campurkan ia dengan jus limau nipis. Apabila siap, sapu campuran tadi di kawasan muka, dan pipi anda.
7. Cuka epal atau apple cider vinegar bukan sahaja sesuai untuk pesakit diabetes, dan darah tinggi tetapi juga ada kesan positifnya kepada resdung. Ia mampu untuk mengurangkan masalah kahak, dan sinus. Letakkan beberapa titisan cuka epal dalam air panas. Kemudian tutup kepada dengan kain yang telah direndam dengan air campuran tadi. Hidu wapnya dengan perlahan-lahan.
8. Bukan masakan Melayu sahaja yang menggunakan santan, malah ia juga adalah tips mudah sebagai cara rawat resdung. Amalkan minum santan yang diperah sendiri dalam setengah cawan untuk sekali atau dua kali sehari. Anda juga boleh jadikan santan ini sebagai hidangan sarapan yang berkhasiat seperti smoothie, dan oat.
9. Puas cari semua bahan tadi yang telah disenaraikan di dapur anda tetapi tidak jumpa. Jangan risau, kaedah terakhir ini khas untuk anda, dan sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Ia digelar sebagai akupresure point resdung. Hanya tekan dua jari ke bahagian tepi hidung. Lebih tepat kedudukannya di bawah mata. Lakukan selama 2 minit.
Setiap penyakit, ada rawatan, dan solusinya. Sama ada rawatan dari segi medikal, atau tradisional, kedua-duanya memberikan kesan yang baik sekiranya anda ambil langkah berhati-hati dengan memilih apa yang sesuai untuk diri anda sendiri.
Sumber: Dr. Noordin Darus
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah