Petua
6 Tips Simpan Sayur Tahan Lama, Segar & Hijau Walaupun Seminggu di Peti Sejuk
6 Tips Simpan Sayur Tahan Lama, Segar & Hijau Walaupun Seminggu di Peti Sejuk
Bagaimana simpan sayur tahan lama dalam peti sejuk? Kaum ibu pastinya stress setiap kali beli sayur-sayuran di pasar. Bila membeli rambang mata, tetapi bila mahu menyimpan boleh stress satu rumah nanti. Tidak perlu risau lagi, ikuti sahaja tips, dan info ini untuk memudahkan anda kekalkan kesegaran sayur walaupun dalam tempoh yang lama.
Betul ke, hampir 95% rakyat Malaysia malas makan sayur?
Rakyat Malaysia kalau disuruh makan sayur, macam orang bercinta pulakkan. Kejap mahu, kejap tidak mahu. Bila kita tengok di restoran atau kedai-kedai makan, banyak sayur diasingkan di tepi pinggan.
Dekat rumah, kaum ibu mesti selalu fikir bagaimana untuk pastikan anak-anak untuk gemar makan sayur. Untuk pengetahuan anda, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) telah menunjukkan bahawa 94.9% golongan dewasa tidak mengambil sayur-sayuran, dan buah-buahan yang disyorkan.
Bahkan, statistik ini berlaku peningkatan sejak 10 tahun kebelakangan ini iaitu lebih 90% rakyat Malaysia tidak makan jumlah hidangan sayur, dan buah yang disyorkan.
Khasiat sayur-sayuran bagi kesihatan manusia
Mengapa perlu makan sayur? Apa khasiatnya pada tubuh badan manusia? Berdasarkan Malaysian Dietary Guideline 2010, mereka mencadangan supaya manusia makan sayur 5 hidangan sehari iaitu dengan pecahan kepada 3 hidangan sayur-sayuran, dan 2 hidangan buah-buahan.
Antara khasiat makan sayur adalah seperti:
- Menguatkan sistem imun badan
- Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti tumor, dan kanser
- Mencantikkan kulit
- Membina dan memperbaiki tulang
- Kaya dengan sumber protein dan mineral
- Penawar semula jadi
- Mengandungi serat tinggi, antioksidan, dan vitamin
Tips bagaimana simpan sayur tahan lama sampai seminggu dalam peti sejuk
Kita beli sayur, bukan sejenis tetapi bermacam-macam jenis. Sebenarnya, setiap jenis mempunyai cara simpan sayur tahan lama yang tersendiri. Bila amalkan tips ini, pasti sayur anda akan kekal segar, hijau, dan enak di masak walaupun lama dalam peti sejuk. Antara tipsnya adalah seperti:
1. Simpan sayur-sayuran hijau
- Asingkan sayur-sayuran berpasir seperti kangkung, dan bayam terlebih dahulu, dan basuhkannya
- Rendamkan sayuran hijau lain dengan air untuk 5 hingga 10 minit
- Rendamkan juga kangkung, dan bayam yang telah dibasuh tadi dalam bekas berasingan, dan tempoh yang sama
- Akar sayur tidak perlu dipotong ini untuk mengekalkan kesegarannya
- Campurkan sedikit garam mengikut kuantiti sayur tersebut. Garam yang larut pada rendaman sayur akan membuang segala bahan kimia yang ada padanya
- Selepas 5 minit, toskan sayur sehingga kering
- Simpan ia dalam bekas kedap udara / zip bag
2. Simpan serai, lengkuas, halia, dan kunyit hidup
- Penuhkan bekas plastik yang bersaiz sederhana dengan air
- Rendam serai, lengkuas, halia, atau kunyit hidup itu sehingga tenggelam
- Tukar air rendaman 2 minggu sekali selepas disimpan
3. Simpan daun sup
- Untuk daun sup, bahagian yang paling penting terletak pada akarnya
- Oleh itu, anda masukkan sahaja daun sup ke dalam botol atau jug balang yang tinggi dalam keadaan menegak iaitu dengan akarnya dibawah.
- Kemudian isikan air separas akar sehingga tenggelam
4. Simpan tomato
- Tangkai tomato adalah kawasan paling anda perlu jaga kerana ia sensitif. Jika tomato rosak, kawasan tangkainya akan busuk dahulu berbanding bahagian-bahagian lain
- Untuk simpan sayur tahan lama di peti sejuk, anda perlu pastikan bahagian tangkai pada tomato itu menghala ke atas.
- Susunkan ia dengan tertatur, dan elakkan dari menindih antara satu sama lain
5. Simpan cili
- Sebelum simpan cili hijau atau merah dalam peti sejuk, perlu buang tangkainya dahulu
- Patahkan tangkai cili dengan cermat sehingga ke pangkal
- Kemudian selepas siap, balutkan cili dalam tisu kering atau surat khabar. Ini untuk memastikan cili anda sentiasa kering, dan tidak basah untuk mengelakkan ia dari busuk
- Jangan campur cili dengan sayur-sayuran lain
6. Simpan sayur kobis, brokoli, dan bunga kobis
- Sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, dan bunga kobis ini boleh bertahan lama sekiranya betul cara penyimpanannya
- Untuk kekalkan ia tahan lama, anda perlu lapikkan akar dengan tisu basah
- Seterusnya, wrap atau balutkan ia dengan plastik wrap untuk kekal lama berbulan-bulan
- Jangan sesekali simpan sayur dalam plastik pasar untuk elakkan ia dari layu, dan berair
Makan sayur demi kesihatan jangka masa panjang kita. Jangan lupa ikuti tips-tips bermanfaat ini untuk kesegaran sayur yang berpanjangan.
Sumber: Siraplimau
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.