AGAMA
Bulan Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
Bulan Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
Aja al ma ut bukan di tangan kita. Pada awal Ramadan ini saya menerima 2 berita kema tian kawan yang masih muda, sihat dan segar bugar. Kedua-duanya meninggal kerana kema langan jalan raya. Allah lebih sayangkan mereka. Apa pengajaran untuk kita?
“Hayati dan isilah Ramadan tahun ini sebaik mungkin. Hindari perkara yang boleh kuruskan puasa kita. Realiti semasa menunjukkan puasa ramai muslim di Malaysia kunis kerana komen , ejek sindir dan umpat ke ji media sosial (Facebook dan Whatsapp group).” Jika ada group yang rancak menambah dosa tanpa sedar dengan ejekan, sindir dan umpat di alam maya maka eloklah left sahaja. Inilah sebabnya nabi ben panduan ini kepada kita;
Abu Hurayrah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda —
Puasa itu adalah perisai (daripada api neraka). Maka janganlah dia berkelakuan keji (seperti bercakap lu cah) dan bertindak jahil (bodoh seperti menjerit atau berkelakuan tanpa akhlak). Jika ada sesiapa mencaci atau mencelanya maka ucapkanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak 2 kali (sebagai penegasan berganda atau sekali pada Hdah dan sekali lagi sebagai peringatan pada Kati) Sahih al-Bukhari
Kalau puasa tahun ini kita terlepas peluang pengisian ibadah kerana sibuk “membawang” dengan berbagai isu pans, puasa tahun hadapan belum tentu milik kita.
Pastinya beza antara 2 Ramadan sudah jauh antara langit dan bumi sebagaimana diceritakan hadith ini:
Talhah bin Ubaydillah menceritakan; pada suatu hari 2 orang lelaki dari Suku Baliyy datang bertemu Rasulullah SAW.
Keduanya mereka memeluk Islam secara serentak. Seorang dari mereka begitu bersemangat untuk berjihad berbanding yang seorang lagi; lalu dia menyertai perang dan gugur syahid.
Kemudian yang seorang lagi terus hidup selepasnya selama setahun kemudian diapun mening gal dunia.
Talhah menyambung:
“Pada suatu hari aku bermimpi bersama mereka berdua di pintu syurga, kemudian keluar malaikat dari syurga lalu mengizinkan lelaki yang maa ti kemudian memasuki syurga, kemudian malaikat tadi keluar lagi dan mengizinkan lelaki yang gugur syahid itu memasuki surga, kemudian dia datang semula kepadaku dan berkata:
“Engkau pulanglah, kerana giliranmu memasuki syurga masih belum sampai.”
Menjelang pagi hari Talhah menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi kepada orang ramai, maka mereka semua hairan dengan mimpinya. Lalu perkara itu sampai kepada Rasulullah SAW dan mereka menceritakannya kepada baginda.
Tanya baginda: Apa yang menghairankan kamu semua?
Mereka menjawab:
Wahai Rasulullah SAW lelaki ini lebih bersemangat berjihad berbanding seorang lagi, kemudian dia memperoleh syahid, akan tetapi kawannya yang maa ti selepasnya lebih dahulu memasuki syurga.
Jawab Nabi SAW: Bukankah lelaki ini telah hidup selepas kawannya yang maa ti syahid itu selama setahun?
Jawab mereka: Benar. Sambung baginda lagi: Bukankah dia telah mendapati bulan Ramadan dan berpuasa dalamnya dan telah mendirikan banyak rakaat solat dalam setahun itu? Jawab mereka: Benar.
Sabda Nabi SAW: Maka beza antara mereka lebih jauh dari langit dan bumi. Sunan Ibn Majah
Oleh itu, diingatkan jangan merosakkan puasa anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah di media sosial!
Wallahualam…
Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang lain…
Sumber
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah