Connect with us

Kisah

Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih

Published

on

Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih

Detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, sekatan COVID-19 di Turki menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelak risiko jangkitan. Difahamkan, Hagia Sophia dibina pada 532 sebelum masihi dan dijadikan sebagai masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Screenshot 32

Sebelum itu ia digunakan sebagai gereeja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934 atau hampir 600 tahun ianya berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Terdahulu, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kemaatian semakin menurun.

Screenshot 33

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.

Tinjauan di media sosial mendapati masyarakat setempat tidak melepaskan peluang berkongsi video dan foto suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri ribuan jemaah.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.