Connect with us

Keluarga

BILIK TIDUR SUAMI ISTERI ADALAH ‘PRIVACY’

Published

on

yvbuhb 1

BILIK TIDUR SUAMI ISTERI ADALAH ‘PRIVACY’

Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sapa-sapa pun tak boleh masuk, walaupun anak kita sendiri kecuali dengan izin. kalau anak ke atau adik bradik Sis ke, memang Sis tak beri masuk jika Sis tidak memanggil.

Dulu Suami kurang faham, kadang sedara mara jejauh datang pun dia bagi guna tandas bilik Sis, lepas tu Sis tegur dan beritahu Suami, alhamdulilah lepas tu dah takde dah buat lagi dah.. kita tegur untuk kebaikan bersama.

Jangan di pamer suasana bilik tidur kita dan juga jangan mengajak atau kita sendiri masuk di bilik tidur orang berkahwin sesukahati kerana bilik tidur suami isteri adalah ‘privacy’.

Dalam Islam, ada masa kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri :-

1) Sebelum Waktu Subuh

2) Tengah hari

3) Selepas Isyak

Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA.

Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin.

Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin.

Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.

Dalam bilik tidur ada privasi yg tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privasi utama pasangan suami isteri.

Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.

Kalau ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.

Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesannya pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.

Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat.

Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yg memang bukan untuk ‘sporting’.

Kredit : Puan Khalida

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.