Connect with us

Kisah

Bertahun Mende’rita Penya’kit Miste’ri Akibat Disi’hir, Perkongsian Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Berkaitan Pengalamannya Disantau

Published

on

dwbvbgaridvg

Bertahun Mende’rita Penya’kit Miste’ri Akibat Disi’hir, Perkongsian Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Berkaitan Pengalamannya Disantau

Bertahun Mender’ita Penya’kit Misteri

Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sih’ir san’tau tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi I’lmu agama pun kadangkala dijadikan ma’ngsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa naf’su.

”Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali-kali kata padan muka.. Padan muka dekat saya…”

Itu kata-kata Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias beberapa tahun lalu, gara-gara sak’it hati kena tegur sikit saja mereka terga’mak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh sa’kit. Nauzubillah.

Ada manusia yang sanggup menjadi pembu’nuh dengan meminta pertolongan daripada ji’n dan sya’itan bagi membalas dend’am kepada manusia lain menggunakan cara halus.

Berikut perkongsian oleh Ustaz Kazim berkaitan pengalamannya disantau.

Tahun 1996:

Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sa’kit, badan tiba-tiba sahaja le’mah, kepala pening.. saya munt’ah.. masyaallah.. dar’ah membuak keluar.

Di hospital doktor kata saya terkena jangkitan virus. 6 hari terlent’ang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihi’ris-hir’is.

Setiap petang saya nampak lemb’aga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil terse’nyum berkata “padan muka.. padan muka”.

Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lem’baga hitam besar berdiri dan kenc’ing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menje’rit kerana saya kesa’kitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk beru’bat.

Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disa’ntau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.

Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”

5 tahun kemudian dia menin’ggaI kerana sakit tua. Sejak itu pan’tang saya ialah makanan yang ta’jam dan berbi’sa seperti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi.

Ini kali pertama saya disa’ntau. Perit, p’edih dan sa’kit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang mengin’safkan 1996/97

Tahun 1997:

Kesa’kitan akibat disan’tau berterusan dan mengganggu kerja dak’wah saya.

Serangan kedua lagi ter’uk, ramai yang datang membantu di samping amalan tertentu, gang’guan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang peny’akit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan Allah.

Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.

Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyih’ir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?

553 4

Siang esoknya saya gagahkan diri untuk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdar’ah, hanya boleh minum susu sahaja.

Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok orang sekeliling saya menan’gis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.

Tahun 1998:

Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya “nape?”

Dia jawab “kamilah yg menyi’hir ustaz, kami berdo0a sangat-sangat pada Ustaz”

Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”

Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yang tak berjemaah dimasjid, saya ge’ram, saya menya’mpah dengan kata-kata ustaz”

Saya jawab “Takpe..Alhamdulillah, saya tak mrah dan simpan dalam hati”

Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”

” Enam orang?” saya terkejut..

Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yang ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang ania’ya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada den’dam dihati, Alhamdulillah.

Tahun 2001:

Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kit’ab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya.

Itulah permulaan seran’gan ketiga pada saya dan kali ini paling ter’uk, saya terlan’tar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya.

Sak’itnya sangat kuat sehingga mengga’nggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan penga’mal peru’batan tradisional datang membantu.

Ini pesan Dato’ Ismail kamus

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat s0lat hajat dan yang datang beru’bat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya der’itai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.

Kesa’kitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mend0rong saya mempelajari ilmu peru’batan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta beru’batlah akan diri anta sendiri..”

Temui ban’gkai anjing dalam rumah

Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…

Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam..

Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.- Ustaz Kazim Elias

Demikian kisah Ustaz Kazim Elias yang dikongsikan semula sebagai memberi pengajaran kepada orang ramai.

3 3 1 1

kisah terbaru Ustaz Kazim yang difahamkan kembali sak1t gara-gara si’hir. Semoga Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Sumber : infopertiwi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending