Kisah
Berjalan Satu Jam 30 Minit Untuk Mendapatkan Sambungan Internet Di Atas Bukit Demi Menghadiri Temuduga Pengambilan Universiti
Berjalan Satu Jam 30 Minit Untuk Mendapatkan Sambungan Internet Di Atas Bukit Demi Menghadiri Temuduga Pengambilan Universiti
Demi menghadiri temuduga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Francis pemuda dari rumah panjang di Hulu Entabai di kawasan pedalaman Sarawak. Berjalan 90 minit untuk sampai ke sebuah bukit tinggi yang mempunyai akses Internet kerana kos perjalanan ke pekan di Julau dan Sarikei adalah tinggi.
Frank yang berumur 21 tahun itu berkata, rumah panjang yang didudukinya adalah 80 kilometer dari Sarikei dan sebanyak empat jam diperlukan untuk sampai ke Julau kerana perlu melalui jalan lumpur dan jalan bukit.
Demi menghadiri temuduga pengambilan universiti, Francis berjalan satu jam 30 minit untuk mendapatkan sambungan Internet di atas bukit.
Untuk membolehkan temuduga dijalankan dengan baik, ahli keluarganya telah membina sebuah pondok mudah daripada dahan pokok dan bumbung besi, manakala sehelai kain bercorak pua kumbu digantung sebagai ‘skrin’.
Frank memberitahu Sinchew Daily, dia bersyukur kerana Internet berada dalam keadaan agak lancar pada hari temuduga walaupun masih ada bahagian yang “tersekat-sekat”
Menurutnya, pelajar di kawasannya tidak boleh menghadiri kelas online apabila masuk senja dan orang kampung yang perlu berkomunikasi selalunya akan naik ke bukit antara pukul 7 pagi hingga 5 petang sebelum Internet terputus apabila masuk malam.
“Kalau hujan beberapa hari dan tiada matahari, maka kami tidak boleh guna Internet atau membuat panggilan,” katanya.
Menurutnya, murid-murid biasanya akan naik bukit beramai-ramai untuk menghadiri kelas online, walaupun semasa hujan renyai-renyai.
“Kalau hujan lebat, maka kami memang tidak boleh menghadiri kelas dan cikgu pun faham juga,” katanya.
Tambahnya, kawasan rumahnya mempunyai bekalan elektrik 24 jam tetapi tiada air paip dan penduduk menggunakan air bukit.
Sumber ; MalaysiaGazette
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah