INFO
Bekas Penggodam Yang juga Pakar Teknologi Maklumat (IT) Mend4kwa Sistem Bank Di Malaysia Sekarang Tidak Selamat

Bekas Penggodam Yang juga Pakar Teknologi Maklumat (IT) Mend4kwa Sistem Bank Di Malaysia Sekarang Tidak Selamat
Bekas penggodam, Aman Shah Ahmad yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mend4kwa, sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.
Terlalu banyak kelemahan dalam sesetengah sistem perbankan di negara ini membolehkan pengg0dam memintasnya sekali gus merisik0kan wang pendeposit hilang.
Dakwa beliau, tindakan sesetengah bank menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) mengakibatkan wujud kelompongan yang mendedahkannya kepada anc4man penggod4m.
Justeru, katanya kepada Mingguan Malaysia, kelompongan inilah membolehkan penggod4m memintas sistem keselamatan sesetengah bank dengan mudah.
“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini god4m, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.
“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak god4m. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya ketika ditemui di sini Rabu lalu.
Aman Shah, 54, yang pada 1990 did4kwa atas kesalahan pecah amanah membabitkan puluhan juta ringgit sewaktu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, berdasarkan pemerhatian, masih terdapat 20 peratus kelemahan dalam sistem keselamatan bank sekarang.
Beliau diminta mengulas mengenai wujudnya aduan daripada orang ramai mengenai wang mereka hilang daripada akaun ban walaupun tidak melakukan transaksi pengeluaran.
Kata Aman Shah, kesilapan paling ketara yang dilihat adalah tindakan sesetengah bank yang ingin menjimatkan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.
“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya.
Menjelaskan lagi beliau berkata, urusan membangun keselamatan sistem perbankan harus dilakukan oleh pakar IT yang mempunyai merit, dan bukan dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak.
Hal ini, katanya supaya meningkatkan keyakinan pendeposit agar tidak membuat pengeluaran wang besar-besaran, yang boleh melumpuhkan ekonomi negara.
“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.
“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” tambahnya.
Sumber: Utusan
INFO
”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat

”Tercapai Dah Hajat Abah Mu” — Bikin Sebak, Lelaki Wafat Selepas Subuh Di Masjid Tepat Hajat Hari Jumaat
Orang kata, bagaimana kehidupan kita sehari-hari, begitulah kemungkinan besar pengakhiran kita nanti. Pengakhiran arwah Haji Mazri Bin Hussin bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi iktibar dan jentikan jiwa buat kita yang masih bernyawa.
Perbualan Di Tepi Liang Lahad
Semasa proses penggalian liang lahad dijalankan, seorang jemaah masjid tiba-tiba datang menghampiri dan memegang bahu anak lelaki arwah.
“Tercapai dah hajat abah mu,” bisik jemaah tersebut.
Anaknya yang terkejut lantas bertanya, “Hajat apa?”
Rupa-rupanya, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum pemergiannya, arwah sempat berbual mesra dengan jemaah berkenaan. Arwah ada meluahkan satu dorongan rasa di hatinya:
“Rasanya semua dah dapat kat dunia ni. Satu je lagi tak dapat… Meninggal hari Jumaat.”
Siapa sangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Allah SWT memakbulkan hajat terakhirnya tepat pada hari Jumaat, jam 7.20 pagi — sejurus selepas beliau selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan mengikuti kuliah Subuh di masjid.
Istiqomah Memakmurkan Rumah Allah
Keindahan pengakhiran ini bukanlah satu kebetulan. Menurut perkongsian anaknya, arwah merupakan seorang yang sangat menjaga solat.
Seluruh ahli keluarga menjadi saksi bahawa sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah menunaikan solat fardhu di rumah. Beliau sentiasa berulang-alik ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun ketika dalam permusafiran. Di rumah, beliau hanya menunaikan solat-solat sunat sahaja. Malah, amalan solat sunat Isyraq selepas Subuh sentiasa dipelihara dengan istiqomah.
Rindu Yang Tiada Penghujung
“Sebulan dah abah. Tak pernah selama ini kami tak tengok kelibat abah… Ya Allah, jagakanlah abahku di sana sebagaimana Engkau menjaga kami di dunia.”
Sungguh, pemergian seorang ayah yang soleh meninggalkan kerinduan yang mendalam, namun meninggalkan kenangan paling manis buat bekalan ahli keluarga di dunia.
Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat Almarhum Haji Mazri Bin Hussin. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya di dalam Syurga Firdaus bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin
Kredit asal: fatinmzri
INFO
Pemergian kapten zainol afiq, Ratusan hadir iringi ke liang lahad

PENUMPANGAN TERAKHIR KAPTEN ZAINOL AFIQ BEE SHAM: SELAMAT BEREHAT DI NEGERI ABADI
Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Masjid Bandar Baru Senawang petang tadi apabila jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, selamat disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang (Forest Heights).
Kehadiran sanak saudara, sahabat handai, serta ahli masyarakat setempat yang mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham dari masjid hingga ke liang lahad mencerminkan keperibadian Allahyarham yang amat disenangi ramai sepanjang hayatnya.
Pemergian pada usia yang masih muda ini pastinya meninggalkan kenangan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga dan rakan perjuangan. Semoga urusan pengebumian yang berjalan lancar ini menjadi tanda kasih sayang insan-insan di sekeliling Allahyarham.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya, dicemburui kebaikannya, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. 🤲🏻
Kredit & Sumber Informasi: Bernama Radio, Harian Metro, chefhafizzam_offshore, afeq_dds
INFO
Ketibaan Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah di Masjid Al-Karomah, Pengkalan Chepa

Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah




