INFO
Penoreh getah tidak perlu menoreh lagi dengan kedah Rubber City yang memberi impak ekonomi dan skala pengeluaran yang menguntungkan
Penoreh getah tidak perlu menoreh lagi dengan kedah Rubber City yang memberi impak ekonomi dan skala pengeluaran yang menguntungkan
Saya sedang cuba bantu ketengahkan Satu kaedah yang sedang dikaji dalam industri tanaman getah negara hasil ciptaan anak tempatan kepada Risda plantation. Risda memberi reaksi positif untuk mengkaji dengan lebih mendalam. Terima kasih Risda kerana memberi perhatian dari sudut melihat potensi hal ini.
Penoreh tidak perlu menoreh lagi. Secara ekonominya hasilnya akan lebih bernilai kerana dalam bentuk latex ataupun susu getah. Selain itu kaedah ini tidak perlu risaukan keadaan cuaca. Latex harganya lebih mahal dari sekerap.
Masa penoreh boleh digunakan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti ekonomi yang lain seperti fokus tanaman kontan di dalam kebun getah untuk bantuan ekonomi tambahan kepada penoreh.
Saya menjangkakan pelan penyelidikan program sebegini boleh diketengahkan kepada Majlis Getah Malaysia dibawah seliaan CEO MGM iaitu saudara pejuang kita Hizwan Ahmad sebagai satu alternatif baru meningkatkan taraf ekonomi industri getah dan masa depan industri ini.
Cadangan juga akan dibawa kepada Majlis Pemulihan Negara melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah satu cabang pemulihan ekonomi untik segmentasi memulihkan ekonomi golongan pekebun kecil.
Sebagai anak Kedah saya terlebih eager dalam hal ini kerana Kedah Rubber City sedang dibina di Kedah. Tambahan kedah adalah antara negeri pengeluar Getah terbesar negara. Industri polimer dan getah adalah sandaran baru kepada kedah untuk terokai bidang baru berkaitan getah.
Jika kaedah ini memberi impak ekonomi dan skala pengeluaran yang menguntungkan, saya rasa semua pihak patut melihat potensi kaedah ini demi menaikkan industri ini yang rata2nya melibatkan rakyat luar bandar serta golongan B40.
Produk ini ciptaan anak melayu yang mengabdikan lebih 20 tahun dalam industri polimer dan latex. Beliau merupakan bekas penyelidik latex negara. Beberapa kebun sedang diuji untuk tujuan penilaian produk akhir serta dapatan data. Diharap kaedah ini akan menjadi satu cabang baru kepada industri getah negara.
Kredit: Mohd ein
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah