Kisah
Bekas pemain dan jurulatih pasukan Melaka United bawah 14 tahun, Azizan Baba men1nggal dunia, tinggalkan isteri dan 8 anak
Bekas pemain dan jurulatih pasukan Melaka United bawah 14 tahun, Azizan Baba men1nggal dunia, tinggalkan isteri dan 8 anak
Azizan Baba men1nggal dunia, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) merakamkan ucapan takziah buat keluarga bekas pemain dan jurulatih pasukan Melaka United bawah 14 tahun.
Allahyarham pernah mewakili Johor FC (2005 -2011) selain pasukan Sarawak (2012-2013) dan Pulau Pinang (2014) sebelum kembali ke pangkuan Melaka pada musim 2015 dan bersama-sama membawa pasukan Hang Tuah muncul juara Liga FAM waktu itu.
Dalam satu kenyataan MUSA menjelaskan, Allahyarham memulakan kerjaya sebagai pemain Piala Belia dan Piala Presiden sejak 1996 dan seterusnya bersama pasukan Melaka sebelum berhijrah ke beberapa pasukan lain termasuk Johor FC, Sarawak FA dan Pulau Pinang FA.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat bola sepak Melaka, Kami di MUSA mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh, katanya.
Sementara itu, Naib Presiden MUSA, Datuk Khairi Anuar Ahmad berkata, kehilangan Allahyarham amat dirasai peminat dan pengikut setia bola sepak Melaka.
Katanya, Allahyarham antara bekas pemain cemerlang yang pernah dimiliki Melaka selain banyak menaikkan imej dan wajah pasukan berkenaan.
Apapun Allahyarham seorang yang kuat menghadapi penderitaan yang dialami bermula dengan hamstring dan hematoma di paha kiri dan disahkan melarat sebagai k4nser dan pernah menjalani pembed4han beberapa kali di hospital swasta.
Kami di MUSA akan mengadakan sumbangan derma kilat menerusi Jawatankuasa Pertandingan Liga Melaka yang membabitkan keseluruhan 60 pasukan bertanding bagi meringankan beban keluarga Allahyarham,katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Liga Melaka 2022.
Pada Ogos tahun lalu Penderitaan bekas pemain tengah Melaka United (MU) dan Johor FC (kini Johor Darul Ta’zim), MohdAzizan Baba akibat penyakit k4nser di paha kirinya mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail prihatin terhadap kisah penderit4an Mohd Azizan dengan memberi sumbangan RM50,000 bagi membantunya bersama isteri serta lapan anak. Al fatihah.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.