AGAMA
Kisah pengalaman 10 tahun, warga bangladesh ini ceritakan beza Malaysia dan Bangla desh
Kisah pengalaman 10 tahun, warga bangladesh ini ceritakan beza Malaysia dan Bangla desh
Semua orang tahu, ramai warganegara Bangla desh jadi penduduk di Malaysia. Mereka datang ke sini hanya mahu mencari makan. Tapi, mungkin ramai yang tidak tahu kehidupan di Bangla desh di sana bagaimana. Hari ini, seorang pengguna Fcbk Mufarwa Farid menceritakan pengalamanan beliau berbual dengan seorang Bangla desh yang telah menetap di Malaysia selama 10 tahun
Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia.
Tetapi setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia. Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad Mubarak Khan.
“Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya.
“Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh.
Dia sudah berada di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Berkahwin dengan orang Malaysia yang berbangsa India dan bekas penganut Hindu.
“Keluarga isteri tak marah ke dia convert masuk Islam?”
“Mula-mula marah la. Tapi sekarang sudah ok. Saya suruh dia bagi semua gaji pada mak ayah dia. Nasib baik semua adik beradik dia perempuan. Kalau dia ada abang ka, adik lelaki ka, isteri saya kahwin dengan kepa la saya sahaja. Ba dan sudah kena ke rat.” Dia berseloroh.
Kami meneruskan perjalanan kami dengan berbicara tentang poli tik di Bangla desh.
“Bangladesh dahulunya sebuah negara bawah Pakis tan. Tetapi disebabkan Pakis tan itu sangat jauh, malah dipisahkan oleh negara Nepal, pembangunan Bangladesh sangat-sangat mundur kerana pemimpinnya lebih mementingkan Pakis tan. Sedangkan kami sangat dekat dengan negara India. Tetapi disebabkan masa dahulu, Pakis tan berpisah dengan India kerana Pakis tan ingin menubuhkan negara Islam, Pakis tan mengambil Bangladesh juga sebagai salah sebuah negeri mereka.
Kemudian Bangladesh pula yang berpisah dengan Pakis tan.”
Saya tekun mendengar sejarah negaranya. Saya sebenarnya sudah tahu sejarahnya kerana saya mempunyai kawan baik yang bernama Ahmad Shauky dari Bangladesh di UIA.
“Tapi sekarang, Bangladesh masih mundur. Kalau dekat Malaysia ha, aman sangat. Semua bersih. Semua orang di sini semuanya baik-baik. Rezeki mudah nak cari. Yang penting kena rajin. Kalau malas ha, baik ma ti aje. Rsuah kat sana ha, sangat banyak. Kalau nak hidup, mau dapat projek bangun bangunan ke apa ha, kena rsuah banyak orang. Sebab itu tak ada orang nak buat bangunan kat sana.”
Saya bertanya pula tentang agama di Bangladesh.
“Bangladesh, 98% orang Islam. Yang lain-lain ada Hindu. Di sana, kami wajib belajar bahasa Arab. Kami wajib belajar Al-Quran. Siapa yang tak belajar Al-Quran, masuk pen jara. Siapa yang tak puasa, kalau kena tangkap, kena masuk pen jara 3 bulan. Dan pen jara akan bagi makan rumput sahaja. Pak cik saya ha, tadak puasa, dia kena makan rumput 6 hari seminggu. Tak ada nasik. Semuanya makan roti dengan rumput saja.”
“Tapi ha, mintak maaf ya saya cakap, walaupun dekat Malaysia banyak aman, banyak cantik, banyak baik, tapi Islam dekat sini tadak kuat sangat. Kalu di sana ha, nampak perempuan tak tutup aurat, boleh kena denda RM10,000. Kalau ada orang pakai tatu, polis akan tang kap, dan akan letak iron pa nas sampai ta tu tu hilang.
Dekat Malaysia ha, orang perempuan semua ramai tadak tudung. Ada yang nampak dada. Berani sangat. Kalau di Bangladesh, masa kecik-kecik, kami takut dengan polis. Tapi bila sudah besar, kami tak mahu buka aurat sebab kami takutkan Allah.”
Saya fokus dan otak saya bermacam-macam yang difikirkan.
“Itulah kurangnya di Malaysia. Tetapi masjid semua cantik. Kalau dekat sana ha, ada banyak masjid tak ada dinding. Tapi orang semua sembahyang di masjid. Tetapi apa pun, Malaysia memang bagus.” Sambungnya sambil memberikan isyarat bagus.
Lalu kami pun berbual lagi tentang pembangunan Bangladesh serta berbual tentang keluarganya. Sesampainya di Seremban, dia sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan saya. Katanya, “Abang orang sangat baik. Ramai orang selalu hina orang Bangla desh. Kami sini mau cari makan sahaja. Tadak kacau orang.”
Lalu dia pun mengambil nombor telefon saya, dan perpisahan kami diakhiri dengan lambaian.
Sumber: thevocket via myinfomaya
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.