Connect with us

Keluarga

B̷aby Baru Umur 4 Bulan Tapi Dah Meng̷andung Lagi. Netizen Mula Kec̷am Tapi Ini Respond Ibu Tersebut

Avatar of kidin

Published

on

ygcvuvbi

B̷aby Baru Umur 4 Bulan Tapi Dah Meng̷andung Lagi. Netizen Mula Kec̷am Tapi Ini Respond Ibu Tersebut

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka. Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.

Mungkin ada yang hanya mahukan dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak. Tiada masalah untuk memiliki anak ramai, namun pasangan digalakkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu agar usia anak tidak terlalu dekat.

Ini kerana ada yang bimbang jika usia anak terlalu rapat bimbang tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kerana terlalu fokus dengan anak yang baru.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang berkongsikan dia disahkan hamil sekali lagi walaupun baru saja menimang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita bernama Suryana itu berkata anaknya baru berusia empat bulan namun dia mengandung lagi.

cc

Perkongsian tersebut hanya untuk berkongsikan khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata lagi, bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju lebih-lebih lagi jarak anak yang bakal dilahirkan kelak terlalu dekat dengan anak bongsunya itu.

DIA TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Suryana kemudian memuat naik satu lagi video menjelaskan perkara sebenar.

Melihatkan jawapan oleh wanita itu, netizen hanya memberi nasihat supaya merancang keluarga di masa akan datang untuk kebaikan mereka sekeluarga.

cc1

Malah, ramai yang meluahkan rasa kasihan pada anak bongsu wanita itu yang belum cukup kasih sayang tetapi akan dapat adik baru lagi.

Kata netizen lagi, memang tidak dapat dinafikan anak merupakan rezeki tetapi jarakkan kehamilan serta dalam masa sama merancang keluarga untuk menjaga rahim.

cc2

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan mereka yang mengecam dengan mengatakan sudah rezeki buat pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata lagi.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mempunyai anak ramai asalkan berkemampuan.

NAK TENGOK VIDEO SILA KE TIKTOK DIA YE.. suryana_89

cc3

SUMBER: Tiktok via Gulapop via awat sheikhhh network

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.