Kisah
Anak Y4tim Berusia 16 Tahun ‘Hampir jadi jut4wan’. Hanya Dengan Perusahaan Membuat Belacan Dan Ikan Bilis Mampu Memperoleh Pendapatan RM50,000 Sebulan
Anak Y4tim Berusia 16 Tahun ‘Hampir jadi jut4wan’. Hanya Dengan Perusahaan Membuat Belacan Dan Ikan Bilis Mampu Memperoleh Pendapatan RM50,000 Sebulan
Lain pula kisahnya dengan seorang remaja di Kampung Seberang Takir. Ketika kawan-kawanya sibuk dengan kerja sekolah, remaja ini pula hampir bergelar seorang usahawan dengan sibuk bergelumang dengan udang gagau serta ikan bilis yang diusahakannya sendiri selepas kematian ibu bapanya.
Mohd Aimy Shahril Mat Ali yang baru berusia 16, berkata, dia mula didedahkan dengan perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ketika berusia 13 tahun oleh arwah bapanya, Mat Ali Sulong.
Selepas pemergian ibunya sembilan tahun lalu dia dijaga sepenuhnya oleh bapanya yang memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan itu. “Bapa saya baru meninggal dunia bulan lalu namun perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ini saya urus sejak empat tahun lalu dengan tunjuk ajar arwah bapa ketika itu.”
“Saya hanya bersekolah hingga tahun enam, malah tidak sempat menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya dalam hidup.”
“Alhamdulillah, saya mampu memperoleh jualan lebih RM50,000 sebulan,” katanya.
Menurutnya, ikan bilis diperolehnya daripada nelayan setempat dan ia akan melalui proses merebus serta jemuran sebelum dijual dengan harga RM20 hingga RM30 bergantung kepada jenis ikan bilis.
Tambahnya, Mac hingga Ogos dia memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (kg) sehari manakala sekitar September hingga November pula sebanyak 1,000 kg ikan bilis diproses dan ketika itu jualan ikan sedikit murah serta boleh mencecah RM12 sekilogram.
Mohd Aimy berkata, antara spesies bilis yang diprosesnya ialah bilis pucat, tembaga merah, bara, tembaga hitam manakala spesis tembaga merah paling mahal dijual dengan harga RM30 sekilogram dan dalam sehari dan dia mampu menjual sehingga 100 kilogram.
“Kini, saya mempunyai seramai 10 orang pekerja yang usia mereka jauh lebih tua dan berpengalaman. Semua mereka itu membantu untuk menguruskan perusahaan ini walaupun saya dalam usia yang masih muda.
“Bagi produk belacan pula, perusahaan ini mampu menghasilkan sehingga 1,000 ketul sehari dan purata 700 ketul dijual setiap hari dengan harga RM4 seketul dan setiap bulan saya memerlukan lapan tan udang gagau untuk menghasilkan belacan terbabit.
“Setiap perniagaan mesti ada cabarannya dan saya tidak terkecuali pernah ditipu dan ia menjadi satu pengajaran dalam dunia perniagaan,” katanya yang juga seorang anak tunggal.
Menurutnya, purata jualan belacan itu boleh mencecah RM1,000 sehari dan apabila dicampur dengan jualan ikan bilis purata pendapatan sebulan boleh mencecah RM50,000.
sumber: imuslimnetwork via majalah perdana
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.