Connect with us

Keluarga

Seorang Anak Perempuan RAPAT Dengan BAPA Bukan Kerana MENGADA Tetapi Dialah Lelaki Pertama Yang Akan Diingati Sampai Bila-Bila

Avatar of majalahilmu

Published

on

Seorang Anak Perempuan RAPAT Dengan BAPA Bukan Kerana MENGADA Tetapi Dialah Lelaki Pertama Yang Akan Diingati Sampai Bila Bila

Seorang Anak Perempuan RAPAT Dengan BAPA Bukan Kerana MENGADA Tetapi Dialah Lelaki Pertama Yang Akan Diingati Sampai Bila-Bila

Anakperempuan ini sifatnya sangat manja dan selalu berada dengan ayah. Kadang juga dengan mak.

Anak perempuan dikatakan cukup rapat dan manja dengan ayahnya. Ke mana saja, pasti akan ikut sampaikan digelar ‘anak ayah’. Sebaliknya anak lelaki pula dengan ibunya.

Selalunya, memang itulah realitinya anak perempuan rapat dengan ayah sejak kecil. Dia tahu, ayahnya itulah yang akan melindungi dan menjaganya.

Lagipun, mungkin sikap ayah ini memang akan jadi lembut, bila anak-anak inginkan sesuatu baik mainan atau apa-apa akan di rujuk pada ayah.

Apa yang dikatakan anak perempuan rapat dengan ayah ada sebabnya. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif tentang anak perempuan.

Anak Perempuan Rapat Dan Perlukan Ayahnya

Kadang anak perempuan perlukan MASA ayahnya:

1. Perlukan untuk bercerita.
2. Sebab ingin bergurau senda
3. Perlukan untuk bertatap mata.

Ada juga anak perempuan perlukan CONTOH daripada ayahnya:

1. Dijadikan contoh cara melayan pasangan.
2. Contoh cara mengurus rumah tangga.
3. Dijadikan contoh cara berkomunikasi sesama ahli keluarga

Kadang anak perempuan perlukan KEBERADAAN ayahnya

1. Untuk bersama keluarga
2. Keberadaan ayahnya bersama adik beradiknya
3. Malah, keberadaan ayahnya bersama dirinya

TAPI…Ini boleh berlaku

Anak perempuan mungkin akan jauh hati dengan ayahnya

1. Bila ayahnya terlampau KERAS.
2. Ada bila ayahnya terlampau BENGIS

Bila ayahnya terlampau menggunakan KEKERASAN & KESAKITAN untuk mendidiknya

INGAT…

Kerana anak perempuan kita

1. Jiwanya sangat halus.
2. Dalam jiwanya sangat lembut
3. Jiwanya sangat rapuh

Itulah kenapa mereka perlukan sosok seorang ayahnya untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh jiwa dan raga.

Ketahuilah wahai ayah, dirimu adalah lelaki pertama yang dicintai oleh anakmu dan sampai bila bila mereka akan tetap mencintai dan menyayangimu.

Majalah ilmu: Kasih ayah sangat besar walau tidak dilihat. Hargailah seorang ayah.

Sumber: Taufiq Razif / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU