Anak Perempuan datang haid untuk kali pertama,Sebagai ayah Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh.

Anak Perempuan datang haid untuk kali pertama,Sebagai ayah Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh.

Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.

Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.

Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;

1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.

Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.

Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.

2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.

Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.

Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.

3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.

Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.

Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.

4. Batas aurat sangat penting.

Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.

Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.

5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.

Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.

Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.

Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.

6. Menjaga kebersihan.

Pengurusan diri berkait dengan haiid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.

Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.

Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.

7. Teliti tentang kiraan tarikh.

Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.

Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.

Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.

Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?

8. Tentang mandi wajib.

Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.

Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.

Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.

Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.

Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.

Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?

Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.

Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.

Sumber : Firdaus Mokhtar, Walid.

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*