Kisah
Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya
Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya
Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya pada usia baru 22 tahun. Kisah ini mendapat liputan meluas oleh media di Indonesia. Bukan kerana popularnya gadis tersebut, tapi kerana ‘pemergiannya’ dicemburui umat Islam di seluruh dunia. Dua abangnya dijemput Ilahi ketika bersolat berapa tahun lalu.
Selepas selesai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.
Minta diajarkan khalimah syahadah ketika baca al-quran
Ketika membaca surah Al-Mutaffifin, dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah. “ Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia men1nggal dunia,” kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu men1nggal dunia 4 Januari 2018.
Menurut laporan portal Liputan6, Aisyah Bahar, gadis cantik dan rajin melakukan ibadat adalah lulusan Universiti Hasanuddin dan bakal memulakan pekerjaan dengan pasukan makmal penternakan di universiti berkenaan.
Menurut bapanya, pada malam menjelang kemat1annya, Aisyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya. “ Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal,” katanya hari ini.
Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jika salah. “ Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu,” kata bapanya.
Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah. Aisyah dikebumikan di tanah perkub0ran Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.
Dua abang Aisyah turut dijemput Ilahi ketika sedang beribadah
Menurut Andi Bahar yang mempunyai lapan anak, dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Astri, yang terlebih dahulu dijemput Ilahi juga men1nggal dunia ketika bersolat, beberapa tahun lalu. Menurutnya, Andi Ibrahim yang hafaz al-Quran, men1nggal dunia dalam keadaan sujud ketika bersolat sunat Tasbih pada Ramadan 2009.
Anak keduanya, Andi Astri, men1nggal dunia selepas selesai membaca tahiyat akhir ketika sedang bersolat malam di Pondok Gede, Jakarta, pada 2011. Andi Bahar berkata, dia reda menerima ketentuan Allah dan amat bahagia kerana anak-anaknya men1nggal dunia ketika sedang beribadat kepada Tuhan.
Tanda-tanda p3lik sebelum ‘pemergian’ Aisyah
Sementara itu salah satu yang tak mungkin dilupakan Andi Bahar dan saudara-saudara Aisyah yang lain adalah saat Almarhumah meminta mereka berkumpul dan tidur dalam satu ruang bersama-sama di malam sebelum men1nggal.
Hal itu menurut Bahar tak seperti kebiasaannya. Bahar juga memberitahu bahawa ketika mahu berangkat dari Bone ke Makassar Aisyah sempat mencium kaki ibunya. Apa yang lebih mengejutkan adalah sebelum aj4l menjemputnya Aisyah dikatakan sempat menulis status di sebuah media sosial, LINE.
Seperti ditunjukkan oleh adik Almarhumah Andi Ade Ismail Bahar, Aisyah menulis doa yang sungguh menyentuh perasaan. Dalam status tersebut Aisyah meminta agar Allah SWT membebaskannya dari segala fitn4h dunia.
“ Bebaskan aku ya Allah Dari keinginan untuk dicintai, dipuji, dihormati, disanjung, diminta nasihat, didukung, popular. Dari ket4kutan untuk dihin4, dir3ndahkan, dic3muh, difitn4h, dilupakan, ditertawakan, dicurig3i”.
Allahu, ternyata pemergian Aisyah dicemburui seluruh umah Islam. Semoga kita semua turut diberi petunjuk untuk sama-sama bertaubat ke jalan Allah dan diberi peluang untuk bertemu Allah dalam husnul khotimah.
Sumber:bulletinmedia
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.