Connect with us

AGAMA

Ustaz kongsikan Ilmu Membuat Air Penawar

Avatar of majalahilmu

Published

on

Air Penawar

Ustaz kongsikan Ilmu Membuat Air Penawar

Air Penawar : Tidak menjadi kesalahan jika kita berikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan asalkan kita menggunakan jalan yang di redhai Allah SWT, Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan dan kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin.

Seperti perkongsian Norazri Medzlan beliau telah berkongsikan kaedah yang betul untuk membuat air penawar bagi segala penyakit yang berada didalam tubuh badan kita dan racun sekiranya ada jin yang bersarang dalam tubuh kita. Jom kita cuba.

Pagi-pagi dah ada orang jumpa saya.

Pagi-pagi dah ada orang jumpa saya. Mintak saya bacakan segelas air yg dibacakan doa. Dia kata Jumpa doktor berkali-kali tapi tak dapat kesan sakit beliau. Saya pun ajar beliau 1 doa agar Allah permudahkan urusan beliau dan berikan beliau kesihatan yang baik.

Pendek je Doa ni. Tapi kalau anda baca dengan penuh keyakinan dan kesungguhan ia akan menjadi penawar bagi segala penyakit yang berada didalam tubuh badan kita dan racun sekiranya ada jin yang bersarang dalam tubuh kita. Jom kita cuba.

  • Ambil segelas air dan Baca Doa seperti di dalam gambar 7 kali dan Berdoa contoh:

( Ya Allah Jadikan Air ni sebagai penawar bagi segala penyakit yg ada didalam tubuh badanku dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku in).

  • Minum dengan pelahan-pelahan diselangi dgn selawat.
  • Sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah bisa gangguan jin/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.
  • Amalkan minum kaedah ini 3 kali sehari. Insya Allah.

 

Air Penawar

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan.

Majalah ilmu : Sama-sama ya , kita doa agar segala penyakit akan di beri kesembuhan, dengan izin Allah SWT.

Wallahua’lam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Rujukan : Fb Norazri Medzlan 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.