Connect with us

Petua

7 Tips Mudah Elakkan Air Karat Dalam Mesin Basuh Terkena pada Baju Semasa Basuhan

Published

on

air karat dalam mesin basuh

7 Tips Mudah Elakkan Air Karat Dalam Mesin Basuh Terkena pada Baju Semasa Basuhan

Selalu kalau anda basuh baju macam mana? Perasan atau tidak air yang mengalir dalam mesin basuh tersebut? Biasanya kita tidak ambil pedulikan sangat terumanya mesin basuh automatik yang mempunyai masa yang telah ditetapkan sendiri ini. Jika ada air karat dalam mesin basuh pun anda mungkin tidak perasan.

Nanti mulalah bila hendak sidai pakaian nampak baju kekuning-kuningan marah tidak tentu pasal. Bersabar dulu, ini tips mudah untuk anda elakkan air karat dalam mesin basuh terkena pada baju semasa basuhan.

Dari mana asal air karat dalam mesin basuh ini?

air karat dalam mesin basuh

Air karat dalam mesin basuh ini boleh berlaku dari dua punca sama ada dari tangki air rumah atau tangki air mesin basuh sendiri. Tangki air yang tidak selalu diselenggara dan diservis akan boleh menakung karat dan seterusnya masuk ke dalam tangki air rumah. Air ini jugalah yang digunakan kita untuk minum, masak, mandi, dan sebagainya.

Selain itu sekiranya anda lihat air yang mengalir terus dari paip rumah jernih dan tidak berkeladak, berkemungkinan besar air karat itu berasal dari mesin basuh. Walaupun kebanyakkan bahan yang diperbuat untuk membuat mesin basuh itu tahan karat, namun ada sesetengah bahan besi atau logamnya juga boleh terhakis dengan isu karatnya.

Jadi untuk memastikan bahan elektrik sentiasa tahan lama dan berkualiti, anda boleh minta mereka yang pakar dalam hal ini untuk periksa mesin basuh anda.

Tips elak air karat semasa membasuh

Perkongsian dari seorang pengguna media sosial Facebook, Dr. Fatimah Salim iaitu seorang ahli kimia yang pernah mengalami masalah paip berkarat menjelaskan bahawa setiap kali membasuh pakaian, pasti warna pakaiannya akan berubah menjadi bercapuk dan tampak buruk kekuning-kuningan seperti warna karat.

Beliau yang sudah memasang penapis air di luar rumah mula hairan mengapa perkara ini masih berlaku. Sambil menunggu kontraktor baiki paipnya yang berkarat, wanita ini berinisiatif sendiri dengan menggunakan cara paling mudah untuk mengelakkan baju yang dibasuh khususnya yang berwarna putih terkena air karat. Ini adalah tips yang boleh anda ikuti:

1. Ambil kain atau tuala kecil yang boleh menyerap air.

2. Lipat kepada beberapa lapisan untuk meningkatkan lagi proses penyerapan dan tapisan air yang mampu dilakukan.

3. Tidak perlu kain baru, boleh sahaja gunakan tuala terpakai atau mana-mana kain yang serap air dan tidak digunakan lagi.

4. Letakkan tuala tersebut pada bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh

air karat dalam mesin basuh

5. Bahan-bahan terasing atau terampai akan mudah ditapis menggunakan tuala ini apabila air dialirkan ke dalam mesin. Hal ini kerana, air paip akan melalui bekas detergent tersebut sebelum sampai pada baju yang mahu dicuci.

6. Anda akan lihat sendiri perubahan warna pada kain asal dan kain yang sudah terkena pada air karat tersebut.

7. Basuh dan ganti kain tersebut bergantung pada tahap kekotoran air. Sekiranya air anda tidak terlalu kotor, boleh basuh seminggu sekali agar pakaian anda tetap bersih.

Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk anda gunakan dan ikuti.

Sumber: Fatimah Salim

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.